Nuffnang

Monday, October 26, 2009

KOLEKSI PENINGGALAN NENEK MOYANG




Moga pagi isnin ini penuh dengan kerahmatan semua buat mokcik2, akak2, pokcik2, abang2, adik2 dan anak2 semua. Arrr...mokcik masih dalam cuti, bosan yang tahap gaban.

Mokcik dah beransur pulih, ada sikit2 lagi pendarahan dan rasa sakit kat idung tu memang ada lagi tapi mokcik buat tak tau je. Kita nak keja, banyak keja yang belum selesai tambah2 dah dekat akhir tahun ni.
Semalam mokcik janji nak tunjuk pingggan mangkuk lama hasil peninggalan nenek moyang mokcik kan? Biar pun usianya dah hampir mencecah 100thn namun ia tetap di hati mokcik. Sentimental value tu!

Terakhir sekali masa atuk mokcik meninggal dunia, adalah mak sedara mokcik yang tinggal di Batu Pahat bagi pinggan mangkuk kat sedara mara terdekat supaya pinggan mangkuk ni dapat di pakai dan secara tak langsung berjalan pahala nenek moyang mokcik. Jadi mokcik ni tau je lah, errrmm sayangkan pinggan mangkuk tu so mokcik letak dalam almari. Bila orang datang mesti tanya mana dapat pinggan mangkuk tersebut. Mokcik pun dengan rasa bangganya, berceritalah.


Ada ummmmphh!

No comments:

Post a Comment