Nuffnang

Saturday, October 3, 2009

MEE HAILAM

Malam tadi punyalah letih yang tahap gaban. Punyalah malas nak lipat baju, walau pun baju dah berlonggok macam gunung. Lepas solat maghrib terus tertidor atas katil. Belayar ntah kemana. Sedar-sedar pukul 11.30mlm. Bangun terus solat isyak, turun bawah minum air panas dengan suami. Naik atas tengok hp banyak mesej dan misscalled. Opiq yang call. Tak lama dia call semula bagi tau nak datang esok. Baca suratkhabar lepas tu mata tak boleh nak lelap, tengok suami dah berdengkur.

Bangun terus amik kain yang berlonggok lipat sampai selesai, kemudian susun dalam kabinet baju. Mata still tak rasa mengantuk, baca novel 'Untukmu Permata Hatiku'. Novel tentang Mior Hashim Manap dan Izzaidah Khairan. Memang sedih baca novel itu, kisah anak-anak mereka yang kena sakit 'myopathy'. Lama kelamaan mata mula terasa mmengantuk, jam pun dah pukul 3.50pg. Off aircond dan lampu terus zzzzz.

Bangun pukul 6.30pg, terlewat sikit dari biasa. Lepas solat subuh turun bawah sediakan sarapan nasi lemak, sambal tumis dan ayam goreng.

Pukul 11.30 keluar rumah ada jemputan majlis perkahhwinan anak kenalan suami di Taman Universiti. Sampai sana Opiq call, bagi tau dah sampai rumah. Cepat-cepat makan terus balik. Sampai rumah Opiq dan Hanim pergi Jusco makan tengahari di Arena. Memandangkan mereka berdua makan nasi, saya pun berehat kejap dan solat zuhor.

Pukul 2.30ptg sediakan bahan-bahan untuk masak mee hailam dan puding. Masak lebih memandangkan classmate Ajim nak datang.

Pukul 5.00ptg Opiq dan Hanim balik, 5 minit kemudian kawan-kawan Ajim sampai. Hidang tetamu dengan mee hailam dan kuih muih raya. Kemudian budak-budak tu bersolat asar bersama di ruang tamu. Ahamdulilah bagus kawan-kawan Ajim.

Tetamu semua balik pukul 6.10ptg. Kemas apa yang patut terus rehat.

No comments:

Post a Comment