Nuffnang

Saturday, October 17, 2009

HIKMAH DI SEBALIK MEMBACA








Sepanjang dalam cuti sakit bahan-bahan di atas adalah merupakan teman saya ketika kesunyian. Selain online melalui hp, bahan-bahan inilah yang banyak membantu rasa bosan ketika terlantar di wad sebelum dan selepas menjalani pembedahan. Dengan membaca ianya satu perkongsian daripada segi ilmu melalui penulis kepada pembaca, ilmu yang ada dari penulis dapat di turunkan kepada saya. Alhamdulilah! terima kasih.

Ada beberapa buku yang memang saya bawa ke hospital, ini bukan pertama kali saya pernah tinggal di wad so saya sudah merasai betapa boringnya kalau tiada bahan bacaan. Alquran memang teman ketika selepas solat, 2 buah novel 'Tidak Ingin Menangis Lagi' dan 'Untukmu Permata Hatiku' yang saya pinjam di Perpustakaan Sultanah Zanariah, 2 buah buku saya terima ketika menerima anugerah pekerja khidmat cemerlang 'Minda Lestari' dan Mengangkasa Pengajian Tinggi' hasil tulisan Datuk Zaini Ujang yang merupakan Naib Canselor UTM dan 2 majalah 'Perempuan' dan 'Midi' pemberian adik saya Ita yang menetap di Terengganu bersusah payah balik untuk menziarahi saya. Thanks and I luv u all.

Bahan-bahan bacaan inilah peneman saya daripada mengantuk sewaktu di wad. Cara yang paling bagus ialah membaca buku-buku ilmiah dan agama.

Acctually banyak hikmah yang saya dapat bila Allah turunkan saya sakit. Selain menerima kasih sayang dari keluarga dan sahabat handai, saya di beri ruang untuk membaca bahan-bahan tersebut. Kalau tidak masakan hendak membaca, menyentuh pun rasanya tidak ada masa.

Itulah kita sebagai hambanya kena menerima segala ujian Allah dengan hati terbuka. Sebagai orang yang di turunkan sakit, mental dan fizikalnya di uji. Mereka hadapi ini adalah kifarah untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat disisi Allah hasil daripada kesabaran dan ujian kesakitan yang ditanggung.

Menunjukkan betapa Allah sayang pada makhluknya.

2 comments:

  1. assalamualikum kak ct,

    terima kasih kerana singgah di blog saya, rasanyer kak ct sedang dirawat di hospotal yer.. semoga cepat2 sembuh yer..

    salam perkenalan dari saya :)

    ReplyDelete
  2. ibu_arifa..
    W'slm...salam pkenalan jgk dari akak, yup akak selamat menjalani pembedahan pada 13hb Oktober 2009. Alhamdulilah skrg dirumah dalam cuti sakit.

    Tima kasih menjadi follower blog saya.

    ReplyDelete