Mungkin setiap orang yang pernah melalui pengalaman tinggal di wad hospital berbeza-beza, tak kiralah hospital swasta mahu pun kerajaan.
Saya pernah melalui 3 kali pembedahan, bermula tahun 1991 di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur ketika itu melakukan pembedahan paru-paru. Kedua kalinya tahun 2001 di Hospital Sultanah Aminah, pembedahan tyroid dan terkini pada 13 Oktober 2009 di Hospital Sultanah Aminah, pembedahan polip hidung.
Pengalaman 1991 memang betul-betul mencabar, doktor telah pun memberi penjelasan pada saya, suami dan abah harapan untuk hidup hanya 50%. Semangat saya kuat untuk hidup ketika itu. Ketika itu hospital-hospital dalam Malaysia belum ada kemudahan untuk melakukan pembedahan kardiotorasik, yang ada hanyalah Institut Jantung Negara.
Teringat saya sebelum menjalani pembedahan kita itu, saya di tempatkan dalam satu wad, di mana dalam wad tersebut hanya menempatkan 5 orang pesakit sahaja. Saya, seorang remaja, seorang wanita dewasa cina, seorang bayi dan seorang wanita melayu berusia 30an. Mereka berempat mempunyai masalah jantung dan saya seorang masalah paru-paru. Kesemua pesakit dalam wad ini adalah tahap kritikal termasuk saya.
Sehari sebelum saya menjalani pembedahan wanita dewasa cina tiba-tiba rebah atas lantai yang cuba berdiri di tepi katil. Akhirnya dia disahkan meninggal dunia secara tiba-tiba.
Seorang remaja yang menjalani pembedahan pada hari yang sama dengan saya meninggal dunia ketika pembedahan di lakukan. Ingat lagi dalam 2-3 hari sebelum pembedahan, kalau tak silap saya nama dia Rozaihan, anak kepada pengurus Felcra di Negeri Sembilan dan merupakan pelajar MRSM berusia 15 tahun. Allahyarham suka makan ayam goreng KFC sewaktu di wad, sikapnya yang manja dengan ibubapa buat saya tertarik. Saya dapat tahu dia meninggal pun selepas keluar dari CICU dan di tempatkan di wad. Al Fatihah buat Allahyarhamah adik Rozaihan.
Sepanjang saya di IJN saya banyak di awasi oleh ibu saudara yang merupakan staff nurse di situ, namun dia merupakan pesakit kanser. Dia banyak memberi saya kekuatan semangat. Setahun selepas saya menjalani pembedahan allahyarham meninggal dunia. Hanya Allah yang membalas budi baik allahyarham ketika itu. Al Fatihah buat allahyarhamah Rosila.
Pengalaman 2001 sewaktu menjalani pembedahan tyroid. Saya di tempatkan di wad yang ramai pesakit. Ketika itu arwah mak yang jaga. Boleh di katakan siang dan malam nampak ada kematian terutama pesakit dewasa.
Pengalaman 2009, menjalani pembedahan polip hidung. Sebelah kanan katil saya pula merupakan wanita melayu yang berusia 25thn. Beliau menghadapi kanser lidah dan tonsil. Sewaktu saya sampai di wad dia baru menjalani pembedahan lidah dan tonsil, saya pun hanya mampu tersenyum sahaja pada beliau memandangkan dia tak boleh berkomunikasi dengan baik kerana baru menjalani pembedahan lidah yang patut di potong memandangkan kuman kanser begitu aktif di lidahnya. Saya hanya mengenali suami beliau yang cukup peramah dan rasa tanggungjawab terhadap isterinya buat saya betul-betul teruja. Kalau tidak silap namanya Liana dari Gelang Patah. Buat adik Liana, moga tabah menghadapi dugaan dari Allah. Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dik!
Di sebelah kiri katil saya pula wanita cina dewasa yang menjalani pembedahan ketumbuhan dalam telinga. Dia cukup peramah dan menghormati saya sepanjang di wad. Kami bertiga keluar wad pada hari yang sama.
Siapa yang pernah tinggal di wad sahaja merasai apa yang saya rasa walau pun ianya berbeza pengalaman tapi itulah pengalaman yang pahit dan manis untuk di kongsi bersama.

No comments:
Post a Comment