Nuffnang

Thursday, October 22, 2009

PENDARAHAN LAGI!


Sudah 10 hari saya terlantar sakit. Bermula 19 Oktober 2009 petang saya mengalami pendarahan semula. Takut dan memualkan bila darah banyak keluar. Hanya Allah yang tahu, peritnya bila darah keluar dengan menahan pedih luka.

Mungkin blogger yang lain tertanya-tanya kemana saya menghilang. Memang saya tak boleh bangun sangat, banyak masa saya habiskan dengan terbaring atas sofa dan meletakkan air batu atas dahi bagi tujuan untuk mengurangkan pendarahan. Jalan pun tak berapa kuat, badan rasa melayang dan nak terjatuh. Bila malam suhu mula naik panas so jadi demam.

Semalam pagi suami bawa ke Pusat Kesihatan Universiti untuk mendapatkan rawatan. Sampai pusat kesihatan pun tak boleh duduk, jadi saya di tempatkan di wad pusat kesihatan buat sementara waktu untuk mendapatkan rawatan dari doktor yang bertugas. Selepas mendapat rawatan doktor menyambung cuti sakit sehingga 28 Oktober 2009. Semalam sampai rumah pun terbaring sampai ke petang.

Alhamdulilah pagi ini saya boleh bangun walaupun badan masih terhuyung hayang tapi lebih baik berbanding semalam. Pergerakan agak terbatas, tak konsisten kena berhati-hati. Memang dah terlalu bosan duduk di rumah tapi nak buat macam mana ya, nak berjalan sangat pun tak kuat. Hope boss dan rakan-rakan di pejabat paham situasai yang saya alami sekarang.

Saya rindu sangat nak datang pejabat, kerja macam biasa. Bergurau, ketawa dan usik mengusik dengan rakan-rakan sepejabat. Kita rindu nak minum pagi dengan Lela dan Kak Ana, rindu nak berbual dan usik-usik Ayu, Ecah, Sak, Kak Wan, Kak Laifah, Halim, Pak Lebai, Fizan, Faezan, Hadi serta yang lain-lain. Walaupun ada yang jarang bertegur sapa tapi saya rindu dapat senyum dengan mereka. Mereka adalah keluarga saya, bila sakit terasa jauhnya dengan mereka.

Hope mereka doakan saya, dapat kerja balik macam biasa.

6 comments:

  1. Salam k ct... diharap akak sentiasa tabah menghadapai dugaan ni, saya disini sentiasa mendoakan kesihatan akak pulih seperti sediakala..

    ReplyDelete
  2. nape ye x kering2..dh dpt ikan haruan lom? semoga cepat sembuh dan sabar byk2. penyakit tu penghapus dosa

    ReplyDelete
  3. salam ct,

    akak harap ct tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ni. akak doakan ct cepat sembuh.

    ReplyDelete
  4. Monaliza..

    Tima kasih dik, atas doa tu. Akak nak sihat mcm biasa boleh menaip blog spt biasa.

    ReplyDelete
  5. Ita..

    Darah ni kuar x mnentu...kekadang ok, kkdang ttiba je nak kuar. Dan makan pun ikan haruan...pati ikan haruan x boleh nak telan..busukkk!

    ReplyDelete
  6. Kak Gee..

    Tima kasih kak, mdoakan ksejahteraan saya, akak pun camtu gk mudah2an sihat hendaknya.

    ReplyDelete