Nuffnang

Thursday, October 15, 2009

SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN

Alhamdulilah hp Nokia E71 inilah penyelamat segalanya bila terlantar di HSA. Secara kebetulan di HSA ada wifi so saya boleh online 24hrs melalui hp. Boleh baca emel rasmi pejabat, tengok dan menaip blog dan macam-macam lagi walaupun dalam keadaan terlantar. Terima kasih Nokia E71.

Hari jumaat saya masih datang ke pejabat seperti biasa. Menyelesaikan tugas-tugas yang sepatutnya dan sebelah petang terus masuk bilik mesyuarat buat searching projek eco tourism utm yang masih belum selesai. Ada sama pn Norazila dan Fakrurozi. Tepat jam 5.10ptg terus balik rumah. Malam banyak jemputan tapi tolak secara baik, bukan tak sudi tapi kena kawal kesihatan takut terdedah dengan selsema, batuk dan demam.

Hari sabtu pun duduk rumah tengok tv, online melalui laptop. Bila baca emel rasmi rasa terharu officer satu unit yang bukan menyelia saya iaitu Pn Haslina bagi semangat. Sempat saya copy emel beliau bertarikh 09 Oktober 2009, Jumaat.

" Salam Kak Ct.

Petang ni saya tak nampak kak Ct dimeja, suara pun tak kedengaran.

So saya doakan mudah-mudahan kak Ct selamat menjalani pembedahan minggu hadapan, semoga tenang dan cepat sembuh. Insyallah jika ada kelapangan saya akan berziarah. Boleh tak beri no. hp? Boleh tanya perkembangan kesihatan nanti.

Sekian, moga tabah menghadapi dugaan dan semoga segalanya berjalan lancar, Insyallah."

Meleleh airmata bila baca emel dari Cik Haslina yang cukup prihatin kat saya. Sehingga sekarang msg-msgnya sentaiasa menemani sepanjang saya terlantar di hospital. Thanks HH.

Acctually memang tak nak turun petang jumaat tu, rasa sedih nak tinggalkan pejabat tapi secara kebetulan memang ada projek setiap petang. Pagi jumaat tu Sal ada hulur kuih raya suruh makan, ambil jugak 2 keping pun dah rasa sebak cepat-cepat kawal emosi buka cerita lain.

Masa minum pagi keluar dengan Lela dan kak Ana, tengaharinya kami keluar ke U Mall. Teman Lela shopping beli barang sikit. Saya adalah beli serba sedikit dan dapat kupon 3 keping. Bagi je Lela.

Hari ahad abah, mak dan Opiq datang rumah. Saya pun tak buka mulut nak buat pembedahan. Rasa kesian kat abah. Biarlah yang tahu akak, adik-adik, suami serta anak-anak.

Pagi isnin saya menuju bandar dengan suami. Temujanji dengan doktor pukul 10.30pg. Sampai HSA terus menuju poliklinik bahagian ENT. Menuju kaunter pendaftaran dan dapat no. 80. Duduk dalam 5 minit tiba-tiba nama saya dipanggil. Staff nurse Lily bertugas ketika itu mengarahkan saya masuk bilik pemeriksaan di bahagian belakang. Masuk bilik En. Nizam dah menunggu dan saya disuruh baring atas katil. Tiba-tiba muncul wanita kurus langsing berbaju dan tudung unggu menghulur tangan dan mengucap selamat hariraya. Errm..doktor Mazlina Selamat. Sepanjang saya menjalani rawatan di ENT dia mengambil kes saya. Saya kagum dengan dia, seorang doktor yang cukup merendah diri, bersikap prihatin dan mudah didekati.

Saya dan suami menuju bangunan induk untuk mendaftar masuk wad. saya ditempatkan di tingkat 5 Barat, katil no. 14. Bermula episod tidur di hospital. Malamnya tidur tak berapa nyenyak sangat. Mula berpuasa jam 2pg sehingga esoknya. Kejap-kejap staff nurse datang hantar baju operation warna putih, stand botol air, botol air, cap kepala dan last sekali dia drip untuk masuk air kat tangan.

Pukul 8.00 pagi dah siap dengan pakaian serba putih untuk bersiap-siap ke dewan bedah. Saya di maklumkan giliran yang ke 3. Perasaan saya ketika itu tuhan je yang tahu dup..dap..dup..dap. Tiba-tiba doktor Mazlina, doktor datin Melati serta doktor lelaki india datang menghampiri saya. Dr Mazlina kena buat presentation depan datin Melati untuk kes saya. Dr. Mazlina menjawab dengan mudah apa yang di tanya. Berulang kali doktor Melati kata dengan dia 'Mazlina be careful! be careful!. Bila doktor Melati berganjak ke patient lain cepat-cepat dia jumpa saya. Ct, kita buat operation pukul 1.30tgh dan jumpa saya kat dewan bedah ya. Saya hanya boleh cakap boleh dan menganggukkan kepala..tuhan je yang tahu masa tu.

Pukul 1.30tgh saya di pakaikan cap kepala dan attendan yang bertugas menolak ke dewan bedah sudah menunggu. Pasrah apa yang berlaku. Nurse yang mengiring ambil bacaan BP. Tiba-tiba BP saya naik sampai 153. Dia suruh saya rileks...hehehe. Ambil bacaan semula ermm 130. Cepat-cepat dorang tolak ke dewan bedah. Sebelum tinggalkan wad sempat salam dengan suami, abah dan mak. Mak buat saya sebak, dia peluk kuat-kuat. Waa! sedihnya masa tu.

Abah, mak dan suami hantar sampai kaunter dewan bedah. Doktor pakar bius yang bertugas sudah menunggu. Comel lote orangnya, pertama dia tanya nama dan I/C no. Saya pun menjawab macam budak tadika..hehehe. Kemudian saya di tolak ke dewan bedah ENT. Sebelum masuk dewan bedah ENT macam-macam dewan bedah saya jumpa. Ada yang sedang menukul kaki, gergaji tulang. Mata ni sempat mandang. Seramnya! Hati berkata tabah! tabah! Macam satu perjuangan antara hidup dan mati. Kalau Allah nak amik aku redha.

Tibalah dewan bedah ENT yang pintu ke berapa puluh agaknya saya lalui. Kalau saya lari dari dewan bedah pun rasanya tak mampu nak cari jalan keluar. Saya di letakkan atas katil pembedahan, apa yang saya nampak lampu berbentuk empat segi dengan lampu 4 biji dan lampu berbentuk tigasegi dengan lampu 3 biji. Pandang kiri kain hijau serta peralatan pembedahan. Nampak kelibat dr Mazlina berpakaian lengkap serba biru untuk melakukan pembedahan saya. Dia cepat melarikan diri dari saya. Mungkin itu prosedur doktor agaknya untuk mengawal emosi dia ketika hendak melakukan pembedahan. Saya memang agak rapatlah juga dengan dr Mazlina setiap kali kami berjumpa, ada je cerita kami berdua. Staf bertugas melakukan tugas cukup pantas. Doktor pakar bius bagi tahu saya ubat bius yang di suntik agak sakit sedikit. Saya di suruh baca bismillah dan mengucap. Alhamdulilah saya lakukan dengan baik. Masa ubat di suntik memang sakit tapi mata tak terlelap, datang seorang ambil penutup mulut terus tutup mulut saya. Kemudian apa yang berlaku pun saya dah tak tahu. Ntah planet mana agaknya saya singgah..hehehe.

Sedar-sedar dr Mazlina panggil saya dan di mulut saya ada alat bantuan pernafasan. Hidung dah di sumbat dengan kain kapas. Masih mamai apa yang dr Mazlina cakap macam di awang-awangan. Lepas ni kena makan aiskrim dan bubur. Telan perlahan-perlahan itu yang saya ingat..hehehe.

Di tolak ke wad, darah memang banyak keluar walaupun kapas dah padat dalam lubang hidung. Bila pegang idung besarnya idung macam serombong kapal...hehehe. Malam kakak jaga bila keadaan saya belum stabil. Ntah berapa kali nurse tukar kapas luar idung sebab basah darah keluar sentiasa.

Keesokkan paginya doktor Mazlina, doktor Melati serta doktor lain datang, ingatkan buat pemeriksaan biasa. Dr Mazlina tarik kapas yang ada dalam ke dua-dua idung saya. Tuhan je yang tahu, saya pejamkan mata kuat-kuat dan tarik nafas panjang. Bila kapas idung kiri di tarik menyembur darah banyaknya janganlah cite, bila kapas idung kanan pulak di tarik lagilah menyembur. 2 mangkuk darah depan mata saya yang mmg saya tak mahu lihat. Tapi nampak jugak cukup mengeriiiikan dengan warna pekat kehitaman yang cukup memeritkan. Baju, meja, katil dah bersepah dengan darah. Tekak macam minum sirap darah, banyak kali nak muntah. Bertungkus lumus staf bertugas letak air batu di kawasan muka dan dalam mulut dengan airbatu. Suasana panik kejap mengurus keadaan saya.

Walau sehingga kini idung saya masih lagi ada pendarahan, namun itulah pengalaman yang tak semua orang lalui seperti saya lalui. Terima kasih saya buat dr Mazlina Selamat yang banyak mendekati, merawat, melakukan pembedahan insan-insan seperti saya. Moga terus berjaya dalam kerjaya akan datang. Tunggu ya doktor 4 November saya hantar jambangan bunga. Tahniah! dan terima kasih saya buat dr. Mazlina serta staf yang bertugas di wad 5 barat serta staf ENT poliklinik HSA.

4 comments:

  1. heee, takutnya... camner ni aku nak buat operation cam tuu.. x nak ler

    ReplyDelete
  2. Moga tabah menghadapi semua dugaan, semua manusia akan diuji, walaupun dengan ujian yang berbeza-beza. Ingat Allah selalu

    ReplyDelete
  3. AZ..

    Kalau dah sakit ilang semua rasa takut, dalam kepala pk nak baik atau nak tanggung sakit...

    ReplyDelete
  4. Radzami,

    Tima kasih sudi komen blog saya, tima kasih.

    ReplyDelete