Dah berapa hari agaknya tak menaip entri blog ini. Cian ko blog, maaf eh! Kita ni dah cukup bosan duduk rumah 2 minggu. Serba tak kena dibuatnya. Pusing-pusing tengok katil, bilik sana, bilik sini, ruang dapur, ruang tamu, ruang makan, tangga, toilet, tengok pokok bunga daun camtu gak...hahaha. Buhsannn aarr kita. Errmm... suamiku tersayang pun ajak keluar pusing-pusing dari Skudai, ke Bandar Baru Uda dan terus ke bandar JB.
Bila tiba bandar JB bagi tahu suami pasal tempat menjual barang-barang antik. Suami pun tunjuk. Oooo barulah tahu, tempat tu ada orang panggil up town JB/Bazar JB. Ianya di buka waktu malam dari jam 8.00-12.30mlm. Ceh! tolong promote la pulak, ada makna tu, sebab nak datang lagi shopping mopping.
Pelbagai jualan yang dijual kat situ antaranya barang-barang antik, koleksi duit lama, barangan tembaga, tshirt, tudung, periuk belanga, sport rim, jam, beg, kasut, lukisan, alat muzik dan macam-macam lagi boleh dicari. Rajin dengan tidak je nak jalan... Saya tak jalan jauh sangat memandangkan belum berapa sihat, itu pun dah berpeluh jadi seram sejuk. Errmm takut rebah, lain lak jadinya. Orang sibuk menjual, ada kang mengangkat 'barang antik'...huhuhu Kami hanya jalan area Maybank lagi pun secara kebetulan dekat situ, ada satu, dua tempat menjual koleksi barangan lama. Saya belilah juga jam ukiran kayu jati, ikan kayu, kucing kayu dan ukiran kayu dari Bali. Kalau ikutkan nak jalan lagi tapi tak kuat, takut rebah.

Bila dah sihat memang nak jalan lagi kesana, dalam kepala ni dah macam-macam buat perancangan...huhuhu
No comments:
Post a Comment