Nuffnang

Wednesday, January 27, 2010

MAKAM ALMARHUM SULTAN ISKANDAR IBNI ALMARHUM SULTAN ISMAIL













Hari ini saya cuti kerana ada hal yang perlu diselesaikan so secara kebetulan urusan di bandar Johor Bahru. Selesai urusan dalam pukul 12.ootgh, memandangkan kalau balik pun macam terlalu awal lagi pun tiada perancangan apa-apa untuk petang ini.

Saya pun terus ke Makam Diraja Tanah Perkuburan Mahmoodiah untuk mengambil kesempatan meluangkan masa untuk menjengok makam almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang yang mangkat pada 22 Januari 2010 dan di makamkan pada 23 Januari 2010.


Sampainya di sana suasana sayu dan cukup nyaman dengan dikelilingi pohon rendang yang usianya puluhan tahun. Redup mata saya memandang. Sewaktu saya di bandar Johor Bahru cuaca cukup panas terik tapi di tanah perkuburan ini cukup redup dengan angin yang begitu mendayu. Bagi saya pokok-pokok yang meratapi dan berdoa kesejahteraan pemergian almarhum. Suasana yang kedengaran hanyalah suara tukang mengaji Al Quran di situ.

Kadatangan saya di sambut oleh pengawal makam serta dayang-dayang yang bertugas di sana. Saya berdiri betul di makam almarhum. Secara kebetulan sewaktu saya sedang berdiri di makam almarhum kaum kerabat serta sahabat karib almarhum datang sama, iaitu Datuk Osman bersama isterinya. Beliau persis almarhum semasa hayatnya ada, cara beliau berpakaian macam ada satu trade mark yang serupa, seluar hitam, baju teluk belanga dan bersampin.

Namun apa yang mampu saya luahkan siapa pun kita, tinggi mana pun darjat kita, yang pasti kita semua kembali di tempat asalNya.


Al Fatihah buat almarhum serta para sahabat ahli perkuburan makam Mahmoodian disana!

No comments:

Post a Comment