Nuffnang

Sunday, February 28, 2010

SAWAH PADI


Aaaaaaarrr! Inilah masa yang di tunggu. Akhirnya dapat gak pijak sawah padi kat Semerah, Batu Pahat. Rugi rasanya kalau lalu disini tak berhenti untuk merasai suasana kehijauan sawah padi yang terbentang luas. Masa kami berposing2 anak beranak ada gak kereta-kereta yang nakal dok bunyi hon..jeles la tuh!..hahaha




Mungkin pada orang yang biasa dengan kehidupan sebegini di kampung tersebut agak pelik tetapi sebalinya bagi kami sekeluarga. Memang seronok sangat, tempat ini bukan lah jauh sangat dari rumah mak mentua tapi di sebabkan malu nak singgah...hehehe. Best sangat-sangat.







Saturday, February 27, 2010

CUTI SEMPENA MAULIDUR RASUL



Selawat serta salam buat junjugan nabi Muhamad S.A.W serta para sahabatnya dan umat islam yang telah kembali ke alam barzakh. Semalam sempena cuti Maulidur Rasul. Hari Khamis saya half day kerana mengambil anak kemudian kami sekeluarga bertolak balik ke rumah ibu mentua di Muar, Johor.


Pagi jumaatnya sempat kami sekeluarga keluar ke Sarang Buaya, Semerah dengan tujuan utama nak berbelanja di pasar. Apapun sempat posing dulu dekat buaya...hahaha.


Paling sibuk nak bergambar biasa mokcik la...hahaha. Ada tujuan tuh! hahaha. My luvly blog la..kan..kan...kan... Cik abang kita memula duduk dalam kereta, jual mahal kekununnya. Ermm lama-lama tak tahan tengok mokcik dengan anak-anak posing, dia lak yang lebih-lebih, jangan tak tau memanjat-manjat lagi...hahaha

Tuesday, February 23, 2010

ESPLANADE











Singapura adalah sebuah bandar metropolitan yang bertemu dengan bandar tradisional, dimana seni bina moden bergabung sama dengan selesa pada tumbuhan yang subur, mengabungkan budaya bersejarah. Ianya menawarkan pengalaman unik yang kekal abadi daripada membeli belah, makanan serta meneroka tempat-tempat menarik. Ini bukan pertama kali saya kesini, malah rasanya dah berpuluh kali memandangkan ramai kenalan serta sedara mara belah abah pun masih ada yang menetap lagi disini.

Seawal pagi saya dan suami telah bertolak kesana. Mula-mula kami ke Esplanade. Kalau di Malaysia ianya seperti Istana Budaya. Esplanade ini baru sahaja Datuk Siti Nurhaliza dan M Nasir berganding membuat persembahan di sana.

Esplanade ini kalau di amati macam buah durian...hehehe. Ianya berbentuk bulat dan berduri-duri. Mungkin dekat sini susah nak cari buah durian so jadikan bangunan ini berbentuk buah durian gaknya...hehehe. Ya ampun! orang singa...hehehe

CHINA TOWN












Bercuti di luar negara memang menyeronokkan tapi perlu ingat pepatah orang tua-tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik negeri sendiri. Masalah kalau keluar negara poket mesti mahu penuh sebab kadar pertukaran wang asing, biasalah kita ringgit...hehehe. Lain la kalau di tukar kepada rupiah..hehehe.

Dalam seronok berjalan punyalah dahaga tekak ni, teringin sangat nak minum soya bean memang ada tapi tak halal. Area sini memang susah nak cari makanan yang halal, lastly dapat juga minuman kickapoo 'halal'. Kickapoo pun kickapoo la, janji hilang dahaga tekak ni. Fuyoooo! Jalan lagi sampai penat kaki ni...hehehe

Adalah beli serba sedikit sebagai buah tangan.

Thursday, February 18, 2010

PENAT DAY

Huh! Busy betul hari ini. Tadi ambil cuti sebelah petang dalam 3 jam. Lepas tu terus ke bank, selesai terus ke kedai Fotokopi Lily Taman Universiti, print dan binding assignment Aja. Balik rumah uruskan dokumen Azim untuk persediaan ke asrama minggu depan.

Esok jumaat, kerja seperti biasa. Sabtu nak bercuti di Pulau Sentosa, Singapura. Bestnya tak sabar nak bercuti di sana. Acctually Pulau Sentosa ini dekat sangat dengan Batam, Indonesia. Seronoknya di situ banyak tempat permainan dan hiburan. Tunggu tulisan saya akan datang ya!

Ahad pula bertolak ke Kuala Lumpur dan isnin daftar Azim ke asrama pula. Memang penat tapi takpe lah sekali sekali bagi badan ni penat sikit.

Ok lah jam pun dah menunjukkan 12.05 malam. Good Nite.

Monday, February 15, 2010

SEMALAM DI KAMPUNG HALAMAN














Baru hari ini ada kesempatan nak menulis blog, memang bawa balik laptop kerumah abah tapi bila dah berkumpul laptop kemana dan orangnya pun entah kemana.

Memandangkan cuti sempena perayaan tahun baru cina yang agak panjang, saya pun ambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman . Secara kebetulan anak-anak dan anak buah semua cuti juga so saya ajak mereka bergotong royong membersihkan kolam ikan dan sekitar rumah abah.

Masing-masing dengan tugas yang di arahkan. Seronok bila ada kerjasama dalam sesebuah keluarga. Memula sesi membersihkan kolam ikan, mengemaskini tanaman orkid dan sayur-sayuran abah di sekeliling rumah.

Paling meriah anak-anak sebab mereka agak jarang dapat jumpa suasana seperti ini berbanding zaman saya semasa kecil dahulu.

Saturday, February 6, 2010

SPUR OR FLAT FOOT



Hampir sebulan suami menderita sakit kaki di bahagian tumit. 2 minggu lepas saya menghantarnya ke Pusat Kesihatan UTM. Dia hanya di beri ubat penahan sakit, namun hilangnya hanya seketika, kadang tu sampai kesian pulak bila tengok dia bangun pagi. Terhinjut-hinjut menahan kesakitan.

Semalam dia pergi buat rawatan semula ke Pusat Kesihatan UTM, untuk mendapatkan rawatan semula. Tujuan utamanya untuk menyuntik steriod supaya tidak sakit. Ermm...lain jadinya doktor suruh buat imbasan xray, hasil imbasan xray sudah cukup apa yang saya jangka.

Di tulang tumit kaki suami terdapat 'spur' atau tulang tajam yang tumbuh serta menekan tisu lembut di bahagian bawah tumit atau pun faktor lain tulang-tulang tapak kaki telah jatuh atau 'flat foot'.

Pusat Kesihatan UTM, telah membawa kes suami ke HSA pada hari isnin ini. Aa jua keputusan tunggu arahan doktor. Biasanya kaedah terakhir adalah secara pembedahan.

Biasanya permasalahan tumit terkena bagi kaum wanita tapi lain pulak dengan suami saya...hehehe. Semasa di Pusat Kesihatan UTM, sempat sorang nurse tu buat lawak, 'Wan surat appointment ni untuk ko rujuk kat bahagian payu dara ya', sorang lecture yang duduk sama pun ketawa..hahaha

Apa pun sebagai hamba Allah, apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Saya dan anak-anak mendoakan yang terbaik untuk suamiku yang tercayanggggg!

SYARAHAN ILMU : Y. BHG DATIN SERI FATINI YAACOB




Sabtu, ermm tiada aktiviti yang nak di buat bila dah petang ni so apa lagi capailah laptop dan broaddband. Nak menjengok anak pun, ermm...next week dia dah nak balik so duduklah rumah. Pagi tadi mengemas pasu-pasu bunga, buat sususatur semula, potong daun-daun dan ranting yang tak sepatutnya. Selesai basuh lantai depan, kemudian masuk rumah sapu dan mop lantai. Perggggghhhh! penat mokcik, dah macam bibik la pulak! hehehe

Semalam kat UTM ada program Syarahan Ilmu yang di anjurkan oleh PSZ. Biasalah kalau program sebegini Jabatan Perkhidmatan Maklumat tempat saya bertugas. Kalau program-program sebegini saya memang tak akan lepaskan peluang yang ada sebab saya paling suka membaca, so tambah lagi penulis buku yang pernah saya baca.

Semalam penyampainya adalah Datin Seri Fatini Yaacob yang merupakan karyawan tamu UTM dan penulis buku Natrah. Sebut buku Natrah dah 3x saya baca buku tersebut, saya pinjam dari seorang kenalan dari Pejabat Penerbit. Kalau kita menghayati plot cerita Natrah memang menyentuh hati. Saya kagum dengan kegigihan dan semangat jitu yang ada pada Datin Seri Fatini ketika melakukan penyelidikan buku tersebut. Keadaan beliau yang pregnant serta layanan Natrah yang acuh dan tidak ketika mula-mula bertemu beliau. Syabas datin, teruskan berkarya.

Semalam beliau datang bukan bercerita tentang Natrah tapi merupakan karya yang bakal akan keluar lagi iaitu Biografi : Y.Bhg Tan Sri Dato Ainuddin Abdul Wahid. Sekkarang beliau masih dalam proses pencarian maklumat dari orang ramai. Bagi saya bukan mudah untuk seseorang penulis untuk berkarya, tambah-tambah lagi yang berkaitan biografi. Ia memerlukan fakta yang tepat. Saya percaya buku biografi Tan Sri Ainuddin akan terlaksana atas kegigihan beliau sepertimana Natrah.

Saya pasti tidak akan melepaskan peluang membaca buku biografi : Tan Sri Ainuddin bila telah di lancarkan nanti. Apa yang saya nampak ianya lebih memperjuangkan kemelayuan dan islam yang sejati. Tungguuuu!

Dalam saya menghayati syarahannya semalam, rasa teringat dengan seseorang, Puan Noraini Yahya, di mana gelak tawanya yang serupa. Trade mark tu! hehehe