Nuffnang

Wednesday, May 19, 2010

MEE BANDUNG SKUDAI




Salam 1 Malaysia buat blogger semua.

Petang semalam kita masak mee bandung guna perencah mee bandung yang kita beli dari sorang opismate yang rajin balik ke Muar. Ikut perancangan nak masak ikan bawal goreng bersambal dan sayur kobis tapi ikan kita malu lak nak cair gaknya. Ikut sukahati ko lah ikan. Ikan lagi salah, wal hal kita yang lambat keluarkan dari fridge...hehehe

Semalam masak kita tak gunakan daging pun, just guna udang, telur, tahu, tomato dan sawi sahaja. Malas nak tunggu lama sebab perut dah rasa lapar, pagi semalam kita breakfast 3 biji kuih dan air milo sahaja.

Cara kita memasak mudah sangat, memula rebus air sehingga didih, kemudian pecahkan telur hingga keras tapi terpulanglah ikut citarasa masing-masing. Bila telur keras keluarkan. Air rebusan tadi masukkan perencah dan masukkan udang. Biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan tomato, tahu dan sawi. Bila mendidih matikan api.

Mee celurkan dengan air panas dan toskan. Mudahkan? Bagi yang suka menghias bolehlah taburkan bawang goreng, lada hiris dan daun sup dan daun bawang.

Memandangkan mee bandung ini kita masak di kawasan Skudai so ada baiknya kita bagi nama Mee Bandung Skudai...hehehe

Selamat mencuba! jangan terliur sudah.. :)

4 comments:

  1. owh..sedapnye mee bandung skudai akak ni..:D

    mmg dh terliur dh pun ni..hehe..thanx for the recipe..akan cuba nanti..insyaAllah! :)

    ReplyDelete
  2. daria : cuba la..simple je...:)

    ReplyDelete
  3. rasa lapo la pulak cam nie......akak ni wat orang terliur je.datang rumah kang buatkan boleh......

    ReplyDelete
  4. espresi_af : dh lama x nampak berblog...:)

    ReplyDelete