Nuffnang

Tuesday, May 18, 2010

PENGALAMAN YANG MENAKUTKAN




Salam 1Malaysia buat semua blogger di mana anda berada.

Kali ini saya nak berkongsi pengalaman yang tidak semua orang merasainya, walaupun ia menakutkan tapi saya dapat melihatnya di depan mata. Kejadian ini berlaku pada petang ahad, jam 5.30ptg di jalanraya Skudai-Pontian area Teknology Park dan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Sewaktu memasuki jalan Skudai saya terpandang dari arah gunung Pulai seperti hujan lebat yang cukup memutih. Semakin lama saya memandu dan mendekati arah kawasan Taman Universiti kereta saya mula sukar untuk bergerak walaupun pedal minyak semakin kuat saya tekan.

Pandang hadapan mula kian memutih dengan di ikuti angin yang bergulung-gulung membawa hujan. Kenderaan yang ada di hadapan, belakang dan sebelah kanan saya juga tidak boleh memandu dengan betul, memandangkan kami memang tidak nampak pandangan hadapan langsung.

Sesekali saya ternampak pokok-pokok di kiri kanan jalan tumbang dan dahan-dahan di terbangkan angin ke atas jalanraya. Kami yang berada di jalanraya agak panik seketika.

Kejadian ini berlaku dalam 5 minit, kemudian beransur-ansur reda sedikit. Bila sampai kawasan perumah Taman Sri Pulai tiupan angin agak berkurangan.

Dalam situasi tersebut, alhamdulilah saya di beri kekuatan oleh Allah supaya jangan panik dan ingat padaNya. Bagi saya setiap kejadian yang berlaku atas izinNya dan hikmah tertentu yang di beri untuk kita semua.

Semalam saya cuti rehat, bila saya keluar ke Taman Universiti memang benar kejadian tersebut berlaku. Saya dapati di sana sini banyak pokok tumbang, pihak Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah sedang membuat pengendalian untuk mengalih, memotong dan membersih pokok-pokok dan dahan-dahan yang menghalang lalulintas.

4 comments:

  1. Memang menakutkan la kak. kite kat rumah rasa seram sejuk je.Sliding door bergegar sikit.Bunyi angin kuat kedengaran.memang putih je pandangan. Pokok bergoyang kuat. Dengarnya ada rumah yang awning tercabut dan terbang ke rumah lain.Alhamdullillah kami semua selamat.

    ReplyDelete
  2. Ampuan Awang : Betul tu, Allah lagi berkuasa segalanya.

    ReplyDelete
  3. espresi_af : Alhamdulilah, kita masih diberi peluang di Malaysia ini kalau di bandingkan spt negara lain, contohnya Indonesia.

    ReplyDelete