Nuffnang

Wednesday, May 5, 2010

SCHOLLARS INN - AL GHAZALI

Salam buat blogger semua. Agak lama rasanya tidak menaip di blog tersayang ini, tuntutan masa membuat saya tiada berkesempatan memandangkan aktiviti dalam kerjaya sampai di bawa ke rumah menyebabkan tiada kesempatan untuk saya mencatat dalam blog ini. Apa pun saya bahagia dengan kerjaya walaupun masa cukup mencemburui perjalanan kehidupan harian saya. Insyallah saya percaya toleransi yang baik serta ilmu yang di timba pasti di beri balasan oleh Allah Taala.

Alhamdulilah hari ini saya telah menyiapkan tokoh Aminuddin Baki. Hasil idea bersama Pn Zaleha dan Dewi maka biodata tersebut akhirnya berjaya di hasilkan.

Malam ini tokoh Imam Al Ghazali pula akan saya buat pencarian, hope sangat di permudahkan memandangkan Naib Canselor berminat sangat dengan tokoh tersebut. Insyallah apa jua aktiviti yang saya lakukan dengan rasa ikhlas maka ianya terhasil dengan baik.

No comments:

Post a Comment