Nuffnang

Thursday, May 6, 2010

SUP KETAM


Salam 1 Malaysia untuk blogger semua di mana jua berada. Sihat ke semua?

Semalam secara kebetulan saya berpuasa. Petang semasa balik memandu tekak ini teringin sangat nak makan sup ketam. Saya pergilah ke kedai untuk mencari ketam, kalau-kalau ianya membuahkan hasil.

Alhamdulilah, memang rezeki saya nampaknya. Ada banyak lagi ketam dalam kotak yang baru sampai. Saya pilih yang agak besar sedikit adalah dalam 3 ekor dengan bayaran RM13.00. Selepas solat asar saya pun turun ke bawah menyiapkan bahan untuk membuat sup ketam.

Dalam pukul 6.16ptg sup ketam saya pun siap di masak. Saya makan sup ketam tidak dengan nasi sebaliknya cicah dengan roti putih. Alhamdulilah, sedapnya dapat makan sup ketam. Rasanya dah 2-3 bulan saya tidak masak ketam.

Malam ini tiada perancangan menu yang menarik untuk memasak di rumah memandangkan suami mengajak makan di luar.

No comments:

Post a Comment