Nuffnang

Friday, May 7, 2010

SELAMAT HARI IBU

Salam 1 dunia untuk semua blogger tersayang. Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di mana jua berada terutama arwah ibu saya allahyarhamah Tuminah Kassan yang sentiasa di hati saya. Al Fatihah.

Terima kasih 'mak' kerana membesar, mendidik, menyara dan memberi kasih sayang untuk kami adik beradik dengan sempurna. Walaupun seketika tapi pengorbanan mak cukup besar untuk kami adik beradik sehingga hidup kami cukup sempurna dan selesa sekarang. Tiada hadiah istimewa untuk mak, sekadar titipan doa sentiasa mengiringi pemergian mak.

Mak adalah peneman di kala kesedihan dan kesepian. Ketika saya gembira, mak insan yang berkongsi kegembiraan bersama. Begitu juga ketika sakit, mak jugalah yang bersengkang mata menjadi 'ubat' ketika kesakitan.Malahan banyak lagi perkara lain yang mak lakukan dibanding dengan orang lain.

Alangkah hebatnya insan bergelar IBU yang Allah titipkan sebagai suara hati kasih sayang untuk kita. Dalam dunia hanya setiap insan mempunyai seorang ibu, bukan dua, bukan tiga jadi hargailah dia dengan sebesar-besar penghargaan dan kasih sayang.


Selamat Hari Ibu

Ibu...
Di saat ku buka mata
Kau tersenyum gembira
Tatkala ku dibesarkan
Kau berikan segunung kasih sayang

Ibu...
Akan ku gapai kejayaan biarpun tidak setinggi gunung
Namun ku cari kejayaan untuk kau ibu
Akan ku mekarkan taman dengan bunga-bungaan
Tempat lebah mencari madu

Ibu....
Pengorbananmu akan ku balas
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan
Biarpun ombak menghempas pantai
Kau tetap ibuku nan satu

No comments:

Post a Comment