Nuffnang

Thursday, June 17, 2010

AZRINAZ MAZHAR HAKIM CERAI TALAK SATU

Salam buat blogger semua. Acctually kita tak suka nak bergosip tentang orang tapi sekadar mendengar bolehlah lepas tu ignore je. Pagi tadi kita buka blog sebab nak baca blog kawan-kawan yang kita follow.

Terbaca kisah selebriti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim di ceraikan oleh Sultan Brunei dengan talak satu. Kita suka gak tengok Azrinaz ni masa dia kerja dengan TV3 dulu. Orangnya cukup low profile sehinggakan perkahwinannya dengan Sultan Brunei pun buat tanahair gempar sekejap. Pada kita dia ni cantik, tambah makin cantik masa bahagia dengan Sultan Brunei mungkin hidup mewah semua boleh dapat. Lain pulak kalau di bandingkan dengan kita makin lama kawin makin berkarat...hehehe

Sebelum ini pun tak pernah dengar berita rumahtangga Azrinaz bergolak. Tup! tu! cerai dah. Walau apapun, Sultan Brunei bertitah (ayat macam kita lak bual dengan Sultan Brunei...hehehe) pun ada bercakap bernikah cara baik dan melepaskan pun dengan cara baik. Jadi itulah yang terbaik untuk mereka.

Kadang-kadang bila di fikirkan balik setiap apa yang berlaku dalam kehidupan itu ada hikmah di sebaliknya. Kita doakan untuk mereka berdua bahagia dengan kehidupan masing-masing dan sama-samalah membesarkan anak-anak dengan sempurna.

2 comments:

  1. aduh, menyatu diri bukan main mahal. dunia-dunia-dunia

    ReplyDelete
  2. Ampuan Awang : Dah jodoh mereka setakat ini gaknya :)

    ReplyDelete