Nuffnang

Wednesday, June 2, 2010

PNEUMONIA


Malam tadi ketika kami di Kip Mart Tampoi tiba-tiba di kejutkan dengan panggilan dari adik yang tinggal di Terengganu. Dia minta pandangan tentang Hakim yang doktor mengesahkan anaknya kena radang paru-paru (Pneumonia). Saya pun nasihatkan bawak anak ke hospital kerana kita tidak boleh menganggap perkara sebegitu agak remeh kerana radang paru-paru ini di sebabkan sistem imun kita lemah dan tidak boleh bertindak untuk melawan virus yang datang.

Kalau kita rajin membaca, di Amerika Syarikat pneuomonia merupakan tangga ke 6 penyebab utama kematian rakyatnya. Bahayakan!

Kalau di negara kita tidak boleh di anggarkan bilangannya kerana bila sakit pesakit terus mendapatkan rawatan dan mengambil antibiotik bila tidak sihat. Tindakan ini di anggap baik untuk pencegahan untuk menghalang mikro organisma masuk kedalam badan.

Alhamdulilah, pagi tadi sms Ita. Jawapan yang mengembirakan Hakim hanya perlu mendapatkan rawatan antibiotik dari rumah. Kita sebenarnya dah rancang nak ke Terengganu kalau Hakim masuk wad...hehehe

To Hakim, take care dear....!

No comments:

Post a Comment