Nuffnang

Thursday, July 22, 2010

AL FARGHANI

Hari isnin baru lepas ni ada meeting Schollars Inn. Meeting kali ni lebih kepada frame gambar yang bakal di letakkan di dinding bilik-bilik penginapan tetamu nanti. Macam-macam perubahan lagi. Aiyakkk! kali ni mahu tema klasik pulak tu.

Kita memang dah macam hurray-hurray la kununnya sebab pencarian maklumat biodata yang kita buat Al Ghazali, Ibnu Sina dan Aminuddin Baki telah selesai dengan jayanya dan telah di masukkan dalam templete yang di sediakan. Hanya proses editing oleh Cik Yah....hehehe

Dalam kita perasan sorang-sorang ni ada penambahan biodata baru. Glupppp! kita dengar atau macam silap dengar...hehehe. Kalau tak silap ada 4 tambahan biodata baru...huhuhu. Ermmm...macam nak tergigit lidah bila nama kita di umumkan buat biodata Al Farghani.

Al Farghani? Tak penah kita dengar nama dia, kiranya inilah pertama kali kita dengar. Cepat-cepat searching dalam infolan2 manalah tau ada buku tentang dia dalam koleksi PSZ. Errrmm! mengecewakan. Kita searching pulak dalam intenet tapi tak berapa banyak kita dapat maklumat dia.

Akhir sekali kita searching imej Al Farghani. Oooo...abang janggut...hehehe. Memang agak mencabarlah jugak bila buat kajian tentang biodata abang janggut. Lagi pun dia ni zaman Khalifah Makmun dalam abad ke 12.

Tensioooooooooon kita kalau cari maklumat tak lengkap. Grrrrrr je! Ibubapa abang janggut pun tak dapat sumber. Ntah-ntah anak buluh betung, manalah tau...hehehe

No comments:

Post a Comment