Nuffnang

Thursday, July 22, 2010

BAGAIMANA DIA SEKARANG?


Salam buat blogger semua. Jam dah menunjukkan pukul 8.00mlm.

Lepas baca yassin tadi, tiba-tiba teringat dengan seorang adik yang saya kenal sesama blogger, iaitu adik Melatiindah. Blog dia http://melatiindah.blogspot.com. Secara jujurnya kita belum pernah bersua muka dengannya secara realiti tapi kita merasakan dia cukup rapat dengan kita. Kita sentiasa mengikuti perkembangan blog dia dari masa ke semasa.

Terakhir dia posting pada 14 April 2010. Setiap kali masuk blog dia sure airmata ni mengalir laju tanpa kita sedari. Sedih nak taip blog ni. Kami pernah satu ketika sama-sama menjalani rawatan di bahagian ENT, HSAJB dan secara kebetulan doktor yang sama pada tahun lepas.

Bezanya dia ada kanser, kesiankan. Dalam usia remaja seperti Melati sepatutnya dia menikmati zaman di IPTA tapi terpaksa tangguh pengajian untuk buat rawatan, apatah lagi bebas kesana sini.

Hasil tulisan dalam blognya banyak mendekatkan diri kita dengan dia. Dia banyak menyedarkan diri kita. Hidup ini sementara, bila-bila masa dia menjemput kita. Entah lusa, esok yang pasti kita semua tak kekal lama.

Kita tertanya-tanya kemana hilangnya adik Melati sekarang. Untuk pengetahuan semua kalau tak silap Melati merupakan student UNIMAS. Sihatkah dia? Mungkinkah dia dah sihat serta fokus pada pengajiannya? Apa pun sebagai makhluk Allah, kita doakan Melati sihat selalu dan rajin-rajin makan ubat ya.

Akhir sekali izinkan kita paparkan gambar Melati untuk kita letakkan dalam blog sebagai kenangan.... :(

No comments:

Post a Comment