Nuffnang

Sunday, July 25, 2010

TELUR PINDANG


Salam untuk semua blogger di mana jua anda berada.

Tengahari semalam kita dapat call dari akak, dia ajak balik rumah abah. Lepas solat zuhor keluar rumah bawak anak bujang kita, Azim dan anak buah, Akmal. Singgah kat pekan Senai beli rojak asma. Rojak kat situ memang marbelossssss! Kuah dia yang jadikannya sedap.

Sampai rumah abah, mak dan akak tengah sibuk buat mee bandung katanya ada tetamu nak datang. Ermm...besan baru abah yang kat Masai nak datang. Yelah orang baru dalam ahli keluarga kita nak merapatkan hubungan gaknya. Alhamdulilah baguslah. Abah pulak tengah sibuk mengangkat telur pindang. Abah rebus dari jumaat malam, lamanya!

Telur pindang tu nak di hantar ke rumah besan yang kat Kota Tinggi sebab malam ni rumah dorang ada buat majlis tahlil 100 hari pemergian Pakcik Hamzah. Azim siap buat lawak ingatkan atok nak kawen lagi...hehehe. Abah siap packing dalam beg bersama air mineral, telur pindang dan surah Yassin. Niat abah nak menderma. Hanya Allah jua yang membalas niat murni abah. Abah ni hidupnya sentiasa bersedekah tidak mengira berbentuk material ataupun kewangan. Bukan niat menunjuk-nunjuk dan sebagainya sehingga kini abah masih menanggung makan minum seorang ibu tunggal yang punya anak 6 orang setiap bulan.

Alhamdulilah bersedekah adalah salah satu bekalan yang kita bawa ke akhirat nanti. Moga apa yang abah lakukan menjadi kesinambungan untuk kami semua. Amin.

No comments:

Post a Comment