Nuffnang

Sunday, July 25, 2010

ZIARAH KUBUR





Petang semalam balik dari rumah abah dalam pukul 6.15ptg. Singgah kubur kejap dalam 20 minit baru meneruskan perjalanan balik. Ini rutin wajib yang tak mungkin kita abaikan dalam diri ni. Kita pegi dengan Azim dan anak buah, Akmal. Rasanya blogger semua terkejut ya dengan blog kita kali ni....hehehe. Kalau yang tak biasa sure takut tengok gambar kubur apatah lagi nak pegi bersendirian ke kawasan perkuburan. Insyallah tidak! Kita banyak belajar dari pengalaman diri sendiri. Dulunya kita tak pernah ke kubur, yelah nak kekubur pun nak lawat siapa ekk? Sejak arwah nenek pegi kita mula belajar sedikit demi sedikit. Tambah lagi sejak mak pergi 2 Januari 2006.

Bila nak balik rumah abah kita lalu kawasan tanah pekuburan. Tak kiralah dengan anak-anak, suami dan kadangkala keseorangan kita tetap singgah. Hingga kini kita rasa mak sentiasa di hati kita, walaupun kini dah ada penganti yang baru. Jangan kata ada rumput sehelai pun kita akan cabut, siramkan air atas kubur mereka berdua apatah lagi doa sentiasa yang mengiringi pemergian mereka. Al Fatihah!
Bagusnya kubur mak dan nenek bersebelahan dan di sebelah mak masih ada ruang kosong. Abah penah pesan kat kita kalau dia tak panjang umur dia minta dia di letakkan di situ. Iskkkk! sedih taip blog ni. Kita tak nak kehilangan lagi tapi siapalah kita boleh melawan kehendakNya.

Kita suka bawa anak-anak dan anak buah kekubur bukan suka-suka. Malah yang dalam usia kecil pun kita bawa kesana. Kita nak mereka kenal itulah nenek dan moyang mereka. Biar mereka belajar erti kasih sayang dan mengenal asal usul mereka. Biar mereka belajar ingat apa yang kita didik kat mereka bila kita dah tiada nanti.

Semasa kita sampai kubur petang semalam ada 2 buah kereta yang sama-sama menziarahi kubur ahli keluarga mereka. Sampai dah kenal dengan pakcik penjaga tanah perkuburan di situ. Pakcik tu buat dengan sukarela. Ya Allah besarnya ganjaran pahalanya. Kita pun belum mampu buat macam tu!

Sempat kita snap gambo kubur mak dan nenek, dalam kita snap budak-budak nih cakap nanti ada gambo momok kuar...hehehe. Anak-anak kita dan anak buah dah biasa kesana jadinya langsung dah tak ada perasaan takut dan sebagainya. Mereka boleh jalan dari satu kubur ke satu kubur macam pantau kawasan pulak...hehehe. Kalau sampai kubur siap boleh cakap 'nenek kita datang ni'...hehehe

Kita tinggalkan tanah perkuburan dalam 6.40ptg memandangkan nak berkejar solat maghrib di Taman Pulai Indah.

No comments:

Post a Comment