Nuffnang

Tuesday, August 31, 2010

DOA BUAT MAK


Sememangnya ternyata hati kita cukup rindu dengan mak bila raya menjelang tiba. Setiap kali bila kita menjengok abah atau berbual di telefon, kita terasa dia masih wujud di mukabumi ini dan mungkin juga mak merindukan anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucnya. Tapi mak tak mampu nak bangun agaknya.

Kita rindu dengan mak yang telah pergi buat selamanya. Sayu melihat barang-barang peribadi peninggalan mak juga hadiah-hadiah pemberian mak. Kita gagahkan juga menaip blog ini untuk melepaskan kerinduan kita. Kalau kita bercerita dengan orang sekeliling pasti orang cakap kita gila tapi itulah hakikatnya kita cukup merindui insan yang bernama mak.

Kita sayang sangat minyak bam, minyak panas dan sepasang stokin putih pemberian mak seminggu sebelum mak tinggalkan kita. Cukup menyentuh hati kita pada botol minyak panas bahagian plastiknya dia siap potongkan bentuk 'triangle' bagi memudahkan kita. Lepas tu dia siap sapukan pada kaki kita sambil berkata esok kalau asthma sapu kat kaki tangan lepas tu pakai stokin. Apa petandanya dia cakap macam tu? Kita pun alpa bahawa dia nak meninggalkan kita. Betapa kasihnya buat kita. Banyak sangat barang-barang peribadi kita yang mak hadiahkan masih tersimpan rapi dan menjadi koleksi kita.


Mak tau tak, bantal baby Aja hasil kerjatangan mak pun masih tersimpan. Aja bawa ke Universiti, dia kata moga nenek bersamanya selalu. Bantal tu dah berusia 19 tahun tanpa cacat celanya, jauh sekali untuk di basuh takut bau tangan mak hilang.

Gambar-gambar mak masih membuat kita leka, walaupun kita tahu kerinduan ini takkan pernah terubat jua. Sesak dada mak saat akhir masih terngiang-ngiang di telinga kami adik beradik membuat kita jadi murka tp dari situlah semangat anak mak ini jadi membara.

Pampers mak kita masih terpandang lagi di bilik abah dalam sekeping dua, abah simpan tapi tak tahu nak buat apa agaknya. Kita percaya abah pasti merindui mak tapi siapalah kita hendak melawan ketentuan ilahi.

Baju kurung berbunga merah dan hitam cotton pemberian mak masih cantik dalam almari bersama deretan baju-baju kita yang lain. Kita tak sanggup nak pakai baju tu, kita tahu ianya mendatangkan sedih.

Kasut-kasut mak bersaiz 5 masih tersimpan buat hiasan abah di tingkat kasut mengingatkan pada sebuah permata yang pudar tapi tidak di telan zaman.

Walaupun mak hanya terbaring kaku di ICU selama 3 hari, setiap hari kita adik beradik menjadi peneman. Kita ajak mak berbual. Mak tidak memberi respon apa-apa, tapi kita nampak airmata mak mengalir. Mak macam nak cakap sesuatu tapi kudrat mak tak mampu dengan harapan dapat menggembirakan kami. Mak genggam erat tangan anak menantu mak. Sesungguhnya kita tahu mak sedar dan harap mak dapat merasai kasih sayang dari anak-anak mak.

Walaupun dalam masa 3 hari mak tidak dapat menjamah makanan dan minuman seperti biasa kita percaya ada air susu yang mengalir serta buah-buahan segar dari syurga untuk mak, kerana mak adalah insan-insan yang terpilih buatNya.


Hari ini kita sepatutnya bersama anak-anak yatim tapi abah nak datang berbuka bersama. Kita batalkan program bersama anak-anak yatim. Mak dan abah suka bersedekah, hantar beras sana sini, barang-barang dapur dan wang ringgit setiap bulan untuk fakir miskin. Tak apalah ada lain masa. Kalaulah mak ada mesti mak suka duduk makan sama sekeluarga. Mak sibuk melayan cucu-cucu mak, baru mak menjamah tapi semua kini kita dah tak jumpa.

Malam tadi kita mimpi mak, kita dan kak Na berbuka puasa di hotel. Wajah mak berseri-seri dan tersenyum tanpa sepatah perkataan. Kak Na order orange juice tapi mak tak minum pun walaupun dah azan untuk berbuka. Mak geleng kepala, kak Na dah terlupa minuman kegemaran mak Milo panas. Kita terus terjaga jam menunjukkan pukul 5.00pg untuk bersahur. Bila bangun rasa sedih sangat cepat-cepat kita beristighfar dan baca Fatihah untuk mak. Kita memang rindu sangat pada mak dan kita yakin mak begitu juga.

Al Fatihah buat mak tersayang, doa mak selama ini sentiasa mengiringi pejalanan keluarga kita. Sayang mak!

4 comments:

  1. Terima kasih kerana mengingatkan kami adik beradik pada arwah mak... Al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah....

    terharu bila ayu baca entry ini.....

    saya puji sifat ct, kasih kepada keluarga.....
    ingin dekat padamu

    ReplyDelete
  3. Siti Ruhayu Ab Rahman : tkasih Ayu for coming. Aah! akk mmg rapat sgt dgn family esspecially mak n abah. Mak akk dah takde tp akk still rajin kekubur paling lewat pun 2-3 minggu sekali.

    Ingin dekat padamu? Boleh apa salahnya mnimba ilmu yg baik2 dari akk ni...hehehe

    ReplyDelete