Nuffnang

Tuesday, August 24, 2010

INCIK NYAMUK


Tadi balik keja terus kita pegi bazar Ramadhan Kg Kangkar Pulai, beli nasi ambang. Teringin tekak ni nak makan nasi ambang. Beli satu barang je terus balik. Sampai rumah je, biasalah kita sapu-sapu porch dulu baru buka pintu. Malaslah dah masuk rumah nak keluar semula. Ooooo...tidak lah namun nak keluar semula kecuali ada tujuan.

Tengah kita sapu tetiba van Kementerian Kesihatan buat announcement ' Kawasan anda tempat pembiakan nyamuk aedes dengan ini pihak kami hendak membuat semburan dalam masa terdekat. Penghuni rumah di kehendaki membuka pintu dan tingkap. Makanan hendaklah di tutup semasa semburan di lakukan dan penghuni rumah di kehendaki semua keluar '. Lebihkurang camtulah ayat incik nyamuk cakap tadi...hehehe. Kita sapu cepat-cepat dan terus kunci pagar....hehehe. Macam Otomen juga kita tadi...hehehe

Kita dah dengar bunyi incik-incik nyamuk buat semburan rumah pertama barisan rumah kita. Memandangkan rumah kita yang ke 5, kita cepat lari buka kunci pintu rumah duduk diam-diam...blewwwk!
Kita siap intai dari celah kain langsir, kita nampak incik nyamuk halakan muncung spray tu kat pokok bonsai, besi longkang dan dia spray porch kita dari luar je...hehehe.

Glupppp! nasib incik nyamuk tak dingdong. Kalau dingdong malu kita nak keluar sebab tak mendengar arahan...huhuhu. Kita rasa bersalah dan kesian juga dengan incik nyamuk yang datang atas tujuan nak tolong basmi nyamuk, kita senang-senang kunci pintu...hehehe. Reasonnya nak tau tak? Kita kan...kan malas nak mop lantai dah petang-petang ni. Paham je lah minyak semburan tu susah nak di bersihkan.


Peliknya kat jalan kita tu kerap sangat ada kes demam denggi, boleh di katakan tiap-tiap bulan ada kes berlaku. Nampaknya kes yang selalu berlaku jalan menghala area atas. Kenapa ya?


Malas nak mengintai lagi, terus kita naik mandi. Bila siap mandi, keluar bilik air rumah dah bau ubat semburan tadi.
Untuk incik nyamuk, maafkan kita ya sebab tak nak buka pintu...hehehe. Lenkali kita buka pintu ya. I'm Promise!

No comments:

Post a Comment