Nuffnang

Monday, September 13, 2010

ASAM PEDAS PT JAWA





Salam lebaran buat semua blogger di mana jua anda berada. Kita baru sampai rumah. Highway jammed yang teramat teruk. Hope kena jadi pemandu yang bijak dan cekap. Kita keluar dari rumah mentua jam 9.30mlm dan sampai Skudai 12.40mlm. Nasib kita masuk tol Sedenak bagi mengelak kesesakan yang melampau menuju tol Skudai. Kalau tidak sehingga kini belum sampai rumah agaknya....hehehe

Memandangkan tadi kita tiada aktiviti di rumah mentua pada sebelah pagi, sempat kita keluar ke bandar Muar. Sebelum sampai bandar Muar kita dan anak dara sempat masuk pekan Pt Jawa untuk merasa menu asam pedas yang orang dok heboh sedap sangat. Bila nak masuk Pt Jawa sudah cukup sesak dengan orang ramai. Kuatkan diri nak merasai sendiri pengalaman ini secara realiti.

Jalan masuk memang jammed dan kebanyakkan kereta yang datang flat luar Johor. Flat 'W' paling banyak...hehehe. Kita pun buat pesanan, memang layanan cukup pantas dan cekap. Kita bagi 3 bintang....hehehe

Ikan yang ada hanya tinggal ikan merah dan siakap. Kita pilih ikan merah, telur dadar, kobis goreng, sambal belacan dan nasi. Bila makan anak dara kita cakap'asam pedas ibu masak lagi sedap tapi ikan dia sedap sebab baru'. Puas kita meratah ikan sebab besar.

Apa yang buat kita terkejut badak bila tokey gerai tu bagi tahu jumlah yang perlu di bayar berjumlah RM16.00.

Agak-agaknya pada kawan-kawan murah tak?

2 comments:

  1. quite reasonable. tapi jadi tak reasonable sebab anak dara ckp asam pedas puan CT lagi best! hahaha!

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : jgn panggil kita puan ya...mcm rasmi sgt...no...no...nooooo...panggil je kak CT...hehehe

    Anak dara akk tu mmg camtu, makan mana pun tetap masakan ibu dia juga yg dia sebut2...hehehe

    ReplyDelete