Nuffnang

Monday, September 13, 2010

PERGI TAK KEMBALI






Perginya tak kembali
Patah yang tak pernah tumbuh

Hilangnya berganti tapi tak serupa
Satu-satunya insan kami panggil mak

Mak yang telah pergi

Pusaranya bagai taman syurga
Sentiasa sudi menemani

Masih kekal abadi

Setia untuk di mengerti

Mengingatkan memori silam

Tentang kelembutanmu

Tentang bicaramu

Tentang suka, duka dan tawamu

Kau sungguh sempurna

Terlalu indah dimata kami


Al Fatihah buat junjungan nabi Muhammad SAW serta para sahabat, umat islam seluruh dunia juga paling teristimewa buat mak tersayang. Pagi Syawal 11 September 2010 selepas umat islam bersolat sunat Hari Raya kita dan keluarga Hj Samad membaca Yassin di pusara mak. Mesti mak gembirakan anak, menantu dan cucu-cucu mak datang. Kita tahu mak paling gembira pagi itu tapi mak tak lagi seperti kami, dunia mak dah berbeza. Takdir yang menentukan kita berpisahkan mak?

Genap 4 tahun mak pergi, bermakna kita tak berjumpa 4 tahun tapi macam baru semalam kita berpisah. Macam mimpi pun ada. Kita tahu mak gembira dan sihat di sana bersama Pencipta Yang Maha Esa.

Tahun 2005 kita menyambut Aidil Fitri bersama dan cukup lengkap keluarga kita ketika itu. Seolah-olah kita keluarga sangat gembira ketika itu tapi sejak kebelakangan ini terasa kurang. Cara kita menyambut suasana raya pun dah seghairah dulu.

Selamat Hari Raya buat mak. Mak sentiasa di hati kita selalu. Sayang mak! Al Fatihah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1) terima kasih kerana kunjungi blog aku yg hidup http://nullznakalz.blogspot.com

    2) puan ct staf psz utm... peliknya bagaimana tahu blog saya tu?

    3) mungkin satu kebetulan saya sendiri student utm tapi dah abis la... dan puan ct staf utm...

    4) apa2 pun terima kasih kerana kunjungi blog saya yg ntah mengarut je rasanya.

    ReplyDelete
  2. Aku Yang Hidup : alam maya ni meluas...saya ni kaki ronda..terjumpa ak sengaja..hehehe. Anyway slmt hari raya..rajin2 posting n3 ya..boleh sy bg komen...hehee

    ReplyDelete