Nuffnang

Friday, September 17, 2010

BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH


Bila usia kian meningkat, kenangan lalu tidaklah begitu mendera perasaan tambahan kita dah pun mempunyai keluarga anak-anak serta anak-anak buah. Namun perasaan yang di dalam itu kian sebak, sukar untuk ditipu.

Kenangan zaman kanak-kanak bagaikan menari-nari di dalam minda, daya tarikan untuk pulang ke kampung halaman sendiri dan mentua membuak-buak. Namun kita harus akur, bila sudah hidup berkeluarga kita tidak boleh memikirkan diri sendiri. Kita mesti adil, biar sedalam mana pun rindu kita pada orang kampung tersayang.


Mengamalkan sistem bergilir membuatkan kita sudah biasa dengan situasi ini. Tidak ada yang perlu di rombak atau diperbetulkan. Apa yang dibetulkan adalah niat di dalam hati, agar sentiasa ikhlas menyambut raya ini, biar pun di mana kita berada.
Anak-anak haruslah di asuh dengan cara yang betul dan mereka tidak boleh memilih mana yang mereka suka kerana Syawal dan Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun.

Harap Syawal ini memberikan lebih banyak kebaikan dan perubahan bagi setiap pasangan yang disebabkan ketidakadilan pasangan masing-masing mengenai masalah pulang ke kampung untuk menyambut Syawal. Moga Syawal ini memberi rahmat kepada kita semua, buang yang keruh ambil yang jernih. Barulah teguh iman di hati.

6 comments:

  1. gadisBunga : Nak rasa raya pass batton...cepat2 kawen...hehehe

    ReplyDelete
  2. Kadang2 isu bergilir balik ke kampung ni, adakala lawak. Gaduh2 pastu kena minta maaf balik. Harap2 ikhlas ler tu.

    Betul, suasana berhariraya dgn unsur2 mulia tu wajar dijadikan contoh kpd generasi muda hari ini.

    ReplyDelete
  3. rasanya tak perlu la nak bergaduh2 tang bergilir2 raya ni...berbalik lah kepada agama kita...kalau si isteri tu patuh lah kepada si suami....si suami pun kot ye pun .... bijak2 lah atur situasi

    ReplyDelete
  4. azieazah : Acctually bagus beraya bergilir ni...Ct amalkan cara sebegini sebab kita masing2 nak merasa suasana sblm dan raya ptama bsama family masing2. Masak2 bersama, mengemas rumah bsama, bersembang2 tak pun bgosip2...hahaha

    ReplyDelete
  5. sonata anak kancil : betul tu tp dlm rumahtangga perlu ada tolaransi...jangan berat sebelah...cian sebelah pihak yg jadi mangsa...nasib tak camtu.!!

    ReplyDelete