Nuffnang

Friday, September 17, 2010

KE TORONTO


Seawal jam 6.50pg kita dah bertolak ke Pontian dengan Aja. Kad pengenalan yang kita baru ambil pada hari isnin alamat rumah kita silap. Apa-apa alamat Jabatan Pendaftaran Negara letak. Macam alamat yang tak wujud, kita pun tak paham macam mana dia buat kerja. Berangan atau kurang fokus..hehehe. Tapi marah sikitlah sebab buang masa kita berulang alik ke sanakan.

Kita masih ingat dan kenal nama serta wajah staf yang menguruskan kad pengenalan kita tempohari. Kita pelanggan yang pertama masuk pejabat tersebut, cara dia melayan pun macam hilang mood dan pulangkan baki wang pun silap selepas saya buat teguran. Nasihat saya untuk kakak tersebut kalau tak nak kerja pencen awal, ramai lagi di luar sana yang menunggu kekosongan jawatan.

Lepas settlekan kad pengenalan kita terus ke rumah abah di Toronto...hehehe. Belezup kita ke rumah abah sebab jeans Aja tertinggal. Ikutkan lain masa boleh ambil tapi Aja nak bawa balik ke Universiti terpaksalah ambil juga. Adalah dalam 10 minit kita di Toronto. Uits! Toronto ke? hahaha

Kemudian terus ke salon Elfita. Lama betul, tapi memang baguslah Elfita Salon punya services. I likes...hehehe.

No comments:

Post a Comment