Nuffnang

Thursday, September 16, 2010

KESEMPATAN CUTI UMUM SATU MALAYSIA

Salam buat semua blogger yang mengenali kita di mana jua berada moga sihat dalam suasana Syawal ini. Beraya sakan sampai tak sempat nak jengok blog...hehehe. Maaf ya blog...hehehe

Memandangkan hari ini cuti umum bagi rakyat Malaysia, kita mengambil peluang untuk beraya di rumah saudara mara. Sejak petang semalam kita beraya kerumah kakak di Desa Cemerlang dan kemudian tidur di rumah abah malam tadi dengan akak dan anak-anak.

Seawal 7.15pg kita balik ke rumah memandangkan adik ipar dari Segamat akan sampai jam 9.00pg. Kita masakkan tetamu mee hailam kemudian bersiap-siap untuk bersama-sama mereka semua beraya ke rumah saudara mara yang terletak di kawasan Johor bahru.

Taman Setia Indah merupakan rumah pertama untuk kami berhari raya. Kami di hidangkang mee rebus, kuih muih dan pelbagai jenis minuman.

Kampung Bahagia, Masai merupakan sasaran rumah kedua kami dengan hidangan ketupat, nasi, lauk pauk, kuih muih dan minuman yang berat sampai terasa kenyang sangat.

Rumah ketiga di Kota Masai di hidangkan mee hoon, buah-buahan, kuih muih dan minuman juga makanan yang berat. Tak larat nak menyentuh tapi bagi menghormati tuan rumah kita makan buah-buahan sahaja....hehehe

Jelajah keempat rumah abah kita di Felda ulu Tebrau, akak masak nasi serai, kari kambing, ayam goreng, acar dan udang goreng kunyit dan kacang panjang. Makan sebab tak tahan tengok nasi serai yang sedap sangat. Kenyang sangat.

Rumah keenam di Felda Bukit Ramun, tuan rumah hidangkan nasi putih, sup ayam, sambal goreng, ikan sambal dan ikan masin. Kita jamah sedikit sahaja dan minum air yang banyak. Cuaca panas sangat rasa dahaga sahaja.

akhir sekali rumah yang ke tujuh terletak di Bandar Putra. Kami makan nugget dan kuih muih. Kita rasa nugget sekeping dah tak boleh makanan lagi.

Hari ini memang beraya sakan. Seronok dapat jalan bersama keluarga tersayang dan berjumpa saudara mara.

Hope tahun 2011 dapat sebegini lagi dan tahun-tahun berikutnya. Alhamdulilah dah sampai rumah dan menaip blog...hehehe

4 comments:

  1. awak
    sampai ati,,pi ramun tak singgah kat umah kita..
    majuk lah

    ReplyDelete
  2. SITI > Memang ramai yang ambil peluang adakan open house sempena cuti Hari Malaysia. Wahhh gantung kuali ler dia yer.

    ReplyDelete
  3. Siti Ruhayu Ab Rahman : Ayu maaflah sbb nk cepat semuanya...masuk rumah sedara mara anggaran masa 40 min sbb nk mgejar rumah2 yg lain...xpe raya kan sebulan... bila nk dtg rumah ni? Jemputlah dtg...CT cuti hari ni...bagi ruang dgn anak2 sblm mereka semua balik U dan asrama...

    ReplyDelete
  4. azieazah : Aah! smlm gantung bukan kuali je....sgalanya tp berat bdn naik..takut la...hehehe. Isnin mmg nak puasa...x larat nnt kwn2 ajak mkn...hehehe

    ReplyDelete