Nuffnang

Thursday, September 23, 2010

KULIT HALUS DAN CERAH


Geng blogger nak tak kalau kita bagi petua kecantikan paling mudah dan ekonomi. Kita timba ilmu ini pun dari adik kita yang duduk di Terengganu. Dia memang rajin bab menjaga kecantikkan berbanding dengan kakak yang berkarat ni...hahaha

Caranya mudah, ambil sebiji karot, tepung jagung, air agak dan telur putih. Kesemua bahan di kisar sehingga halus. Kemudian sapu di bahagian muka, leher dan kalau rajin seluruh badan. Biarkan dalam 1-2 jam. Dalam proses tersebut jangan bercakap-cakap bagi mengelak kulit berkedut. Kulit akan tegang bila proses nak mengering.

Kemudian cuci bersih-bersih, anda akan rasa kulit halus dan lebih cerah seperti biasa. Bagi ibu-ibu yang dalam pantang kalau anda rajin melakukannya lagi kulit kelihatan cantik. Amalkan dalam seminggu 2 kali. Insyallah kulit memang menjadi cantik.

Selamat mencuba.....tatatititutu!

No comments:

Post a Comment