Nuffnang

Sunday, October 17, 2010

ANEKA SUP

TIDAK seperti nasi ayam dan sate, jarang ada destinasi menjamu selera di negara ini yang khusus menjual sup sebagai menu utama. Kurangnya restoran menawarkan menu sebegitu memberi idea Mohd Jais Othman, 32, dan abangnya, Jaafar, 38, membuka restoran menyajikan sup sebagai hidangan utama.

Yakin sup ramai penggemar kerana ia antara makanan kesukaan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, dua beradik itu membuka Restoran Sup Kaww. Nama itu dipilih kerana ia menggambarkan keenakan sup yang dipertaruhkan. Ia menghimpunkan aneka sup selain masakan Melayu, Thai, Cina dan barat. Menariknya, sup berkenaan resipi asli Mohd Jais yang berpengalaman hampir 15 tahun sebagai chef hotel.

Kelainan sup di sini ialah ia daripada rencah buatan sendiri, penggunaan herba dan kuahnya pekat. Kami tidak menggunakan daging beku, sebaliknya daging segar untuk menjamin rasanya enak dan manis,” katanya. Restoran di SS7/8, Kelana Jaya itu terletak di lokasi strategik berhampiran pasar raya hiper dan stesen minyak. Ia mampu memuatkan 500 pelanggan dalam satu masa. Pelanggan boleh memilih menjamu selera secara santai di ruang terbuka atau di sudut makan berbumbung berkonsep gabungan Bali, kontemporari dan ala kampung.

Terdapat 74 menu masakan Thai, Melayu, Cina dan Barat. Masakan Melayu seperti mi Bandung Muar, mi rebus, sate, tauhu bakar dijual berkonsep gerai. Antara jenis sup ialah supp Kaww mengandungi pelbagai bahagian dan potongan lembu, sup Kaww Tongkat Ali, sup daging, sup tulang, sup ekor, paru, sup campur dan sup sayur yang menggunakan kuah rebusan daging untuk menambah keenakannya.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment