Nuffnang

Sunday, October 17, 2010

YALAL CHIN SELAMAT BERSEMADI

Kuala Lumpur - Jenazah pelakon filem dan drama Yalal Chin, 67, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka, pagi tadi. Beliau meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras di sini pada jam 12.15 tengah malam semalam kerana sakit jantung.

Allahyarham yang dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung hospital berkenaan kira-kira dua minggu lalu, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

Sepanjang pembabitan dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip, selain berlakon dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Harun Salim Bachik berkata, kehilangan Yalal Chin dalam industri seni tempatan amat dirasai kerana Allahyarham adalah insan kreatif dan berpengalaman. Arwah seorang yang sangat meminati dan aktif berteater, manakala sikap peramah, mudah mesra dan tidak lokek ilmu menjadi keistimewaan sepanjang perkenalan saya dengan dia, mungkin itu akan terus terpahat dalam ingatan saya," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, pelakon dan pengarah terkenal Rosyam Noor pula menyifatkan Yalal Chin sebagai pelakon serba boleh dan sebutir permata yang tiada tolok gantinya. Allahyarham adalah seorang yang peramah dan sentiasa menghormati orang lain.

Saya masih ingat watak-watak antagonis yang dilakonkan olehnya pasti meninggalkan kesan kepada setiap individu yang menonton drama lakonan beliau," katanya.

Nota kaki : Allahyarham yang kita kenal baik orangnya. Secara peribadi kami pernah berjumpa ketika arwah berkunjung rumah abah ketika itu bulan puasa. kami berbuka puasa bersama. Cukup low profile orangnya dan taat pada agama. Allah lebih menyayangi dia. Al Fatihah!

Selanjutnya klik Hmetro.

No comments:

Post a Comment