Nuffnang

Sunday, October 17, 2010

KAMI BOLEH HIDUP BERSAMA

Shah Alam - Sejak di bangku sekolah lagi, saya dan adik-adik mudah bergaul dengan pelajar lain daripada golongan Kayan, Murud, Melayu dan lain-lain.

"Tak terasa janggal. Tak terasa kekok. Saudara saya pun boleh bercakap bahasa orang Murud. Dia belajar kerana seharian bersama kawan-kawan rapat daripada golongan ini," kata Jackie Pang-Kulay menceritakan hari-hari persekolahannya di Miri, Sarawak, lewat 1960-an.

Kumpulan etnik Murud ialah antara suku pelbagai kaum yang mewarnai kehidupan di Sarawak.

Jackie Pang Suk Yun ialah keturunan Cina dan masih mendiami kawasan Miri bersama keluarga. Keluarga suaminya Laeng Kulay pula, keturunan orang Ulu dari Tang Kadang, kawasan pedalaman agak jauh dari Mulu.

"Perjalanan ke kampung suami perlu naik kapal terbang, kemudian kenderaan darat dan seterusnya dengan bot pulak. Kalau musim hujan, biasanya sungai yang perlu diharungi itu akan banjir pula," katanya.

Bagaimana penat perjalanan akan terubat kerana keindahan semula jadi kawasan sekeliling yang menyamankan. Tambahan pula dengan cara hidup yang penuh kesederhanaan, tanpa bergantung kepada tenaga elektrik dan kemodenan semata-mata.

Selanjutnya klik Bernama.

No comments:

Post a Comment