Nuffnang

Sunday, October 17, 2010

CABARAN MEMANDU MALAM

Kuala Lumpur - Istilah 'balik kampung' sudah begitu sinonim bagi mereka yang tinggal di hutan konkrit di negara ini yang akan mengambil kesempatan pada setiap musim perayaan seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina, untuk pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.

Ketika inilah jalan raya yang menghala keluar dari kota dan bandar-bandar utama padat dengan kenderaan dan terjadinya kesesakan di lebuh raya.

Ramai juga yang mahu mengelak berebut pulang dengan memilih memandu ke kampung pada waktu malam. Selain mendapat pelepasan bayaran tol (diberi syarikat konsesi lebuh raya pada hari-hari tertentu di musim perayaan), pemandu-pemandu ini memberikan beberapa sebab mengapa mereka lebih suka memandu jarak jauh pada waktu malam.

DINGIN, SELESA

"Lebih dingin dan selesa jika dibandingkan dengan memandu di waktu siang yang panas. Apatah lagi negara kita punya iklim panas lembab," kata Che Amin Ismail, kontraktor perumahan yang tinggal di Rawang, Selangor.

Setiap tahun, bila tiba sahaja Hari Raya Aidilfitri, Che Amin akan memandu pulang membawa anak dan isteri ke kampung halamannya di Bunut Susu, Pasir Mas di Kelantan.

Perjalanan beliau agak jauh. Dari Rawang beliau akan menuju ke Gua Musang sebelum bergerak ke destinasinya, Pasir Mas. Satu jarak yang melebihi 500km.

"Kenderaan di jalan raya pada waktu itu kurang dari siang hari. Jika dibandingkan dengan waktu malam perjalanan lebih sesak pada siang hari," kata Rashyeed Nor seorang lagi pemandu yang lebih gemar memandu pulang ke kampung pada waktu malam.

Selanjutnya klik Bernama.

No comments:

Post a Comment