Nuffnang

Saturday, October 9, 2010

DENDA 1JUTA ANJUR GORES DAN MENANG

Johor bahru - Syarikat-syarikat yang menganjurkan peraduan gores dan menang akan didenda sebanyak RM1 juta bagi kesalahan pertama berbanding antara RM250,000 hingga RM500,000 sebelum ini selaras dengan pindaan Akta Jualan Langsung 1967 baru-baru ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, peningkatan jumlah denda itu bertujuan membendung kegiatan itu serta membela nasib mangsa-mangsa yang terpedaya.

Beliau berkata, sekiranya syarikat yang terlibat masih ingkar, maka jumlah denda itu akan ditingkatkan sebanyak sekali ganda kepada RM2 juta bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

"Bagi individu pula, jika sabit kesalahan mereka boleh didenda maksimum RM250,000 dan penjara lima tahun bagi kesalahan pertama berbanding hanya denda RM100,000 dan penjara tiga tahun sebelum ini.

"Individu yang mengulangi kesalahan tersebut juga boleh didenda maksimum RM500,000 dan penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan seterusnya," katanya.

Beliau ditemui selepas mengedarkan risalah mengenai Kempen Kesedaran Gores dan Menang di JB Sentral di sini hari ini.

Nota kaki : Sepatutnya bagi denda tinggi lagi, dah ramai orang kena tipu daya dengan janji dan mulut manis mereka.

Sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment