Nuffnang

Saturday, October 9, 2010

YAYASAN CUEPACS

YAYASAN CUEPACS AKAN DITUBUHKAN UNTUK PESARA DAN KAKITANGAN AWAN

Kuala Lumpur - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menubuhkan Yayasan CUEPACS bagi menjaga hak kebajikan pesara dan kakitangan awam, sebelum akhir tahun ini.

Presidennya Omar Osman berkata yayasan tersebut yang akan diketuai oleh bekas-bekas pengerusi Cuepacs, penting untuk membentuk satu dana bagi melindungi sejumlah 1.7 juta pesara dan kakitangan awam negara ini.

"Sekarang ini penjawat awam yang menghadapi risiko kebanyakannya tidak mendapat pampasan seperti kes-kes yang dibawa ke mahkamah dan juga bagi kebajikan pendidikan," katanya pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2010 anjuran CUEPACS di sini.

Katanya, yayasan tersebut dijangka dilancarkan semasa Persidangan CUEPACS pada Disember ini di Pahang yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, CUEPACS juga akan menubuhkan Konsortium Kesihatan CUEPACS di bawah yayasan tersebut yang diuruskan oleh Takaful Ikhlas.

Beliau berkata penjawat awam akan disediakan dengan pakej-pakej tertentu di mana mereka perlu membuat pembayaran bulanan mengikut kemampuan.

Selain itu, beliau menyeru kepada kerajaan untuk menyambung kontrak terhadap 50,000 penjawat awam yang akan menamatkan kontrak mereka pada akhir tahun ini.

Mengulas mengenai peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), Omar mengesa kerajaan untuk mengkaji semula format dan keberkesanannya kerana produktiviti peperiksaan itu tidak selaras.

Sementara itu, beliau juga meminta kerajaan untuk meningkatkan elaun wilayah daripada lima peratus ke 15 peratus bagi penjawat awam di Sabah dan Sarawak, manakala imbuhan tetap perumahan ditingkatkan daripada RM180 ke RM300 untuk kesemua kakitangan gred satu sehingga 40 di seluruh negara.

Sumber Bernama

No comments:

Post a Comment