Nuffnang

Sunday, October 24, 2010

HORMATLAH SIKIT NEGARA KITA



Macam biasa kalau nak tengok anak kita kena lalu jalan ni. Kita terus terpikir, kenapa ya kereta-kereta dia cukup bermaharajalela di sini. Kalau dekat highway kita kena main-main lampu, potong ikut suka hati. Kelajuan dia jangan citelah.Pelik betul. Cakap jahatlah ni 'acam alan pak iya unya'...ekekeke. Pelatlah pulak kita petang ni...ahaks

Cuba kalau berani buat kat negara sendiri. Ada berani? Mahu ko kena saman. Senang cakap macam tikus dapat labu bila lepas garisan sempadan negara. Nak kata kejutan budaya ke? Tak sesuwei. Grrrrr...je.

Kita cadangkan, kereta-kereta dia yang masuk negara Malaysia menyalahi peraturan jalanraya denda tinggi berbanding kereta tempatan, tapi cakap kita sapa nak dengar kan? Buat apa bagi kemudahan pada orang luar, dia tak heran pun setakat denda seciput bagi dia. Kalau kita denda had kelajuan RM300.00 bagi dia RM600.00 camtu. Itu pun bagi dia RM600.00 tukar duit sini bape ciputlah sangat. Kalau masuk negara dia semua duit tau. Kita biasa kesana memang paham sangat.

Pagi tadi jet-jet pejuang dia buat latihan, perghhhh bersimpang siur atas ruang udara rumah kita. Negara kita tak kuarkan pun amaran. Kita sampai naik ngeri takut terpacak atas kepala ni...hehehe.

Cuba kita naik jet ski ke, sampan ke, bot ke, terlepas sikit masuk perairan dia. Suara amaran dah keluar. 'Anda telah memasuki perairan teeeeeeeet, segera tinggalkan kawasan ini'. Pelbagai bahasa dia guna. Pergghh! Naik kembang tinge akak! hahaha

Maaflah kita tulis ni tapi itulah yang sebenar-benarnya. Abah kita pun bekas warganegara sana, alhamdulilah dah jadi penduduk tetap sini. Sedara mara kita pun ramai lagi kat sana tapi kita sedih apa yang berlaku apabila mereka masuk sini. Tak hormat langsung tempat orang.

No comments:

Post a Comment