Nuffnang

Thursday, October 14, 2010

JOM KE TAMAN NEGARA PAHANG

Taman Negara Pahang meliputi kawasan seluas 4343 kilometer persegi di Banjaran Titiwangsa, salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia. Menjadi kawasan perlindungan untuk beratus spesies burung, rama-rama, serangga, ikan dan tumbuhan, juga adalah tempat tinggal asal Orang Asli.

Orang Asli adalah masyarakat yang pemalu dan lemah lembut, dan masih mengekalkan cara hidup nomad yang telah diamalkan sejak beratus tahun, meskipun pada masa yang sama sedar dan peka dengan pembangunan negara.

Terokailah hutan ini dengan pelbagi aktiviti menarik seperti shooting rapids, penerokaan gua, memancing ikan, mendaki gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia, menjejaki hutan tebal, laluan hutan yang sukar atau berenang di air yang jernih. Sesungguhnya pengalaman yang menakjubkan seumur hidup.

Apa tunggu lagi jom kita ke sana!

2 comments:

  1. ayu dah pi...nak lihat ekspidesi ayu dengan 4x4 ke sana...
    search jer 4x4..banyak info sebelum dan semasa pi kesana...

    memang best....indah sangat

    ReplyDelete
  2. Siti Ruhayu Ab Rahman : Jap nk tengoklah...mcm best

    ReplyDelete