Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

KEISTIMEWAAN SATE IKAN

Melaka - Penggemar makanan tradisional sate kini mempunyai pilihan menu baru yang lebih menarik dan memberangsangkan berbanding sate biasa di pasaran, iaitu sate ikan. Sekali pandang serupa sate ayam tetapi apabila dimakan rasanya ikan, itulah sate ikan yang cuba dipopularkan seorang pengusaha di Melaka kepada penggemar sate.

Diperkenalkan kepada orang ramai melalui pameran anjuran agensi kerajaan di mana ramai yang terpegun apabila diberitahu sate yang mereka sedang nikmati adalah sate ikan. Betul ke ini sate ikan, nampak serupa sate ayam," kata Noraini Hamid, 40, yang dipelawa merasa sate ikan pada satu pameran di sebuah pasaraya di sini.

Noraini kemudian menyatakan kepada penulis "betul lah, memang rasa ikan, sedap" dan beliau seperti pengunjung lain turut memuji kreativiti pengusaha sate ikan itu. Penulis yang berkesempatan menikmati sate ikan itu mendapati keistimewaan sate ikan itu terletak pada rasanya, keenakan rempah ratus yang menyerap ke dalam ketulan isi ikan.

Sumber Bernama.

No comments:

Post a Comment