Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

NAMPAK SEDAP TAPI BOLEH MAKAN KE?

Kuala Lumpur - Malaysia sememangnya terkenal dengan kepelbagaian masakan yang enak. Ia bukan hanya dikenali dengan hidangan istimewa daripada satu kaum tetapi keseluruhan masyarakat majmuk di negara ini.

Rakyat Malaysia bangga dengan khazanah serta warisan masakan mereka yang berasal serta muncul dari 'campuran' budaya Melayu, China, India, Serani, Siam serta masyarakat dari Sabah dan Sarawak.

BOLEH DIMAKAN

Aktivis sosial dan pengguna Fatimah Mansur mempunyai pendapat berikut:

Masyarakat punya hak untuk menganggap makanan yang mereka makan adalah selamat. Penyakit yang dibawa makanan tidak bagus untuk kesihatan selain mengganggu keyakinan pengguna.

KERACUNAN MAKANAN

Menurut Dr Jeannie Lim, pensyarah Perubatan sosial dan Kemasyarakatan, alam sekitar dipenuhi oleh pelbagai mikro-organisme yang tidak dapat dilihat mata kasar.

Banyak daripada organisme halus ini tidak memudaratkan manusia, ada juga yang memberi kebaikan. Bagi yang lain, badan manusia membentuk satu sistem pertahanan terhadap mikro-organisme ini.

KESILAPAN MANUSIA

Kata Dr Lim insiden seperti ini berlaku bila manusia mempunyai kesedaran yang rendah terhadap keperluan kebersihan penyediaan dan pengendalian selain faktor kesilapan manusia.

Mikro-organisme disebar dari tangan ke tangan - selepas menjalankan aktiviti yang kotor, bersentuhan makanan mentah (seperti daging, pengendalian bahan buangan, benda kotor dan selepas menggunakan tandas.

MAKANAN MENTAH

Makanan mentah biasanya akan mengandungi kuman, bergantung kepada jenis makanan dan sumber. Ada beberapa jenis makanan yang mudah dijangkiti kuman seperti susu, daging cincang, telur, ayam, ikan dan makanan laut.

PEMANASAN

Dr Lim berkata proses pemanasan yang tidak mencukupi gagal membunuh semua kuman di dalam makanan.

Bila makanan disediakan, hidangan sejuk, makanan panas dan baki makanan merupakan bahan yang baik bagi pembiakan mikro-organisme. Oleh itu adalah baik jika makan makanan yang disediakan dengan secepat mungkin.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment