Nuffnang

Friday, October 15, 2010

KELADI INDAHKAN KEDIAMAN

Tumbuhan liar hutan umpamanya pokok keladi memang cantik, unik dan menarik. Namun, pokok hiasan itu memerlukan rutin pengurusan selari kerana ia tidak lasak, mudah mati dan alah kepada cahaya berlebihan.Antara variasi keladi yang sebelum ini terbiar di pinggir hutan dan kini menjadi pilihan ramai itu ialah spesies caladium bicolour, caladium splendens dan caladium changpur.

Caladium bicolour mempunyai warna merah cerah di tengah dan hijau pada daun, caladium splendens pula, hijau berbintik merah dan putih manakala caladium changpur dengan urat daun berwarna putih berlatarkan warna hijau memang anggun jika ditanam dalam pasu.

Keladi lain termasuk puluhan spesies aglaonema yang hidup subur di kawasan tropika.

2 comments:

  1. keladi gajah pula boleh mewujudkan suasana tropika tanpa perlu terlalu byk planning. (saya suka tumbuh-tumbuhan.. :D)

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : akk pun camtu...suka tanaman hijau..salah satunya pkk keladi...nampak redup je rumah...

    ReplyDelete