Nuffnang

Saturday, October 23, 2010

MALAYSIA ANTARA 10 PASARAN PELANCONGAN INDIA

Singapura - Malaysia termasuk dalam senarai 10 pasaran utama pelancongan India yang kini mengadakan kempen agresif untuk memperkenalkan pelbagai daya tarikan negara itu kepada rakyat Malaysia.

Pada pesta ITB Asia di sini -- acara pelancongan terbesar di Asia anjuran Messe Berlin yang juga penganjur pesta pelancongan terbesar dunia di Berlin -- India memperkenalkan produk yang dipercayai mampu menawan hati rakyat Malaysia dan Singapura untuk berkunjung ke negara itu.

"Malaysia, Singapura dan Thailand merupakan pasaran utama India di Asia Tenggara. Ini diikuti Indonesia dan Filipina manakala Vietnam, Kemboja dan Laos adalah pasaran baru mucul bagi kami," kata pengarah Pejabat Pelancongan Kerajaan India (GOITO) di sini dalam temu bual dengan Bernama pada pesta itu. Sambil mengiktiraf kedudukan penting Malaysia dalam mencari pelancong ke India, Talwar berkata beliau kagum dengan potensi besar dalam bidang pelancongan yang wujud di Malaysia. Katanya pejabat beliau di Singapura telah mengadakan siri penerangan di Kuala Lumpur pada Jun diikuti Pulau Pinang pada Julai lepas.

"Kami merancang untuk menambah siri penerangan tidak lama lagi, satu di Kuching dan satu lagi di Johor Baharu," katanya. Penerangan bergerak ini, katanya, telah menjana minat mendalam rakyat Malaysia terhadap India sebagai destinasi pelancongan. Siri penerangan ini disertai pengusaha pelancongan, syarikat penerbangan dan media.

Talwar berkata beliau menjangka jumlah pelancong Malaysia ke India akan meningkat dengan ketara berikutan pelancaran penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan beberapa bandar raya utama di India, termasuk Delhi, Mumbai, Hyderabad dan Chennai oleh AirAsia. Seramai 325,000 pelancong dari negara anggota Asean melawat India tahun lepas dan daripada jumlah itu, 117,000 adalah dari Malaysia, 96,000 dari Singapura dan 64,000 dari Thailand.

Nota kaki : Hah! Apa lagi 'Coti-coti India'...hehehe. Kita tengok Taj mahal, boleh kaaaaann... :)

Sumber : Bernama

4 comments:

  1. Patut la masa saya pegi KL dulu nampak banyak orang India ni. Hehehehehe....

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...

    pelancong dari India datang ke Malaysia takpe, jangan tak balik ke negara asal sudah...tak pasal2 bercampur dengan orang sini dan menjadi pendatang haram..hehe :)

    ReplyDelete
  3. Zezebel : Tu bukan India ..pdatang Bangla yang banyak mlepak kat KLCC..penin akk

    Artikel atas tu maksud kita melancong ke India la sayang akk...hi3

    ReplyDelete
  4. Azrul Hisham : Kalu orang tak balik serupa macam takde bekalan elektrik Msia nnt...gulap gulita...ahakss

    Artikel atas tu ttg org kita ke India la....hi3...tak baca ni..ahakss

    ReplyDelete