Nuffnang

Friday, October 22, 2010

MUZIUM NEGERI TERENGGANU 1

Hamboooiii! posing lagi dekat kapal...roboh kapal!

Mommyku yang jelita dan abahku yang tampan....hehehe

Oooooo....ni dia kak CT....:)

Family tersayang

Dikenali Muzium Losong, Muzium Negeri Terengganu mempunyai keunikan tersendiri dan menyimpan khazanah yang tidak ternilai.Dengan keluasan 27 hektar, ia adalah kompleks muzium terbesar di Asia Tenggara yang terdiri daripada empat blok bangunan utama.

Menerusi empat blok bangunan utama, pengunjung berpeluang menjelajahi setiap sudut yang di bahagi mengikut galeri iaitu Galeri Tekstil, Galeri Diraja, Galeri Islam, Ilmu Kejadian, Perikanan dan Taman Laut, Pelayaran dan Perdagangan dan Galeri Petroleum.

Muzium dengan seni binanya diinspirasi dari istana lama Terengganu serta landskap taman yang indah itu turut menempatkan muzium maritim, muzium perikanan, lima rumah tradisional dan taman botani serta taman ulam. Melangkah masuk ke muzium utama, pengunjung pasti terpegun melihat Batu Bersurat yang menjadi lambang penyebaran Islam di Terengganu.

Di Galeri Tekstil, pengunjung berpeluang melihat sejarah industri itu selain proses penghasilan, perkembangan serta jenis-jenis tekstil yang dihasilkan seperti songket, limar, batik, pelangi, cindai, gerus dan telepuk. Pengunjung juga dapat melihat pelbagai jenis busana tradisional termasuklah pakaian harian dan upacara perkahwinan serta berkhatan.

Di Galeri Diraja, pengunjung dapat mengimbau kembali sejarah Kesultanan Terengganu menerusi salasilah institusi Kesultanan Terengganu. Turut dipamerkan, keris berpintal milik Sultan, pingat dan bintang kebesaran. Melangkah terus ke galeri pengunjung dapat menghayati peristiwa bersejarah di Terengganu serta mengenali tokoh sasterawan dan sejarawan.

No comments:

Post a Comment