Nuffnang

Sunday, October 10, 2010

PELAJAR ORANG ASLI KUASAI BAHASA JERMAN

Serdang - Tiada siapa menyangka pelajar cemerlang bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera Bahasa Asing (Bahasa Jerman) pada majlis konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-34 di Serdang dekat sini pada Ahad merupakan anak Orang Asli.

Sungguhpun bahasa Jerman bukan mudah untuk dikuasai namun bagi Noor Azamira Long, 27, dari suku kaum Semai, mudah atau sukarnya sesuatu perkara itu bergantung pada diri sendiri.

Noor Azamira berkata beliau mula mempelajari bahasa Jerman ketika menuntut di Sekolah Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa Sungai Petani Kedah.

"Ketika itu cuma ada dua pilihan mempelajari bahasa asing iaitu bahasa Jerman atau bahasa Arab.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk belajar bahasa asing kerana kaedahnya sama sahaja bila kita mempelajari bahasa Inggeris, bahasa Melayu atau bahasa suku kaum saya sendiri. Malahan bahasa Jerman ada persamaan dengan bahasa Inggeris," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu daripada Pro Canselor UPM Tan Sri Dr Nayan Ariffin.

Noor Azamira yang berasal dari Ipoh, Perak dan kini bertugas di German Academic Exchange Service (DAAD) Malaysia berhasrat menyambung pengajian di peringkat Sarjana.

Selanjutnya di Bernama

No comments:

Post a Comment