Nuffnang

Sunday, October 10, 2010

TPM GESA PENUNTUT DI LUAR NEGARA PULANG BERKHIDMAT DI MALAYSIA

Sydney - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa penuntut Malaysia yang telah pun menamatkan pengajian dan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara supaya pulang berkhidmat dalam negara.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata dalam tempoh 10 tahun akan datang, banyak peluang pekerjaan yang ada di Malaysia dan kerajaan tidak mahu ia diisi oleh rakyat asing.

Beliau berkata telah tiba waktunya rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada mahasiswa atau yang telah lama bermastautin dan berkhidmat serta menyumbang bakti kepada negara luar memikirkan untuk pulang berkhidmat di negara sendiri.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment