Nuffnang

Friday, October 29, 2010

SITI BALQIS LARI KE JELEBU

Besut : Kehilangan Siti Balqis Mohd. Nor yang mencetuskan misteri dan menarik perhatian ramai sejak lebih dua bulan, terjawab hari ini apabila beliau ditemui di rumah rakannya di Jelebu, Negeri Sembilan semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt. Kamarudin Mohd Zakaria berkata, polis yang mula menyiasat kes kehilangan gadis itu, mendapati khidmat pesanan ringkas (SMS) Siti Balqis kepada ibunya dihantar dari Negeri Sembilan dan bukan dari Gunung Jerai, Kedah.

"Dengan kerjasama polis Negeri Sembilan, kita dapat mengesan Siti Balqis berada di sebuah rumah rakannya yang dikenali menerusi (aktiviti) surat-menyurat sejak lima tahun lalu, iaitu Norwaniza Ramli, 19, di Batu 18, Kampung Ulu Klawang, Jelebu.

"Anggota telah dihantar ke rumah itu dan dia bersama rakannya itu telah dibawa pulang ke sini pagi tadi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan tiket bas yang ditemui pada Siti Balqis, gadis itu didapati menaiki bas dari Jerteh ke Shah Alam, sebelum ke Negeri Sembilan, dan beliau sebenarnya merancang untuk pulang ke Besut pada 31 Oktober ini.

Sumber : Bernama.

No comments:

Post a Comment