Nuffnang

Friday, October 29, 2010

SKIM CEPAT KAYA : SEORANG LELAKI DI TAHAN

Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 30-an telah ditahan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Putrajaya bagi membantu siasatan ke atas sebuah syarikat skim cepat kaya di Taman Equine Park di Seri Kembangan dekat sini awal pagi ini.

Pengarah Kanannya, Shahrudin Hamzah berkata, dalam serbuan ke atas premis itu pada pukul 10.30 malam tadi, seramai 30 ahli syarikat turut diperiksa dan diambil keterangan, sebelum mereka dibebaskan.

"Serbuan tersebut dibuat atas hasil maklumat dan aduan dari orang ramai.

“Lelaki yang ditahan itu dipercayai orang kuat skim tersebut. Kita turut menyita beberapa buah komputer riba (laptop) dan berpuluh-puluh kepingan risalah mengenai skim ini yang dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian awal pagi ini setelah menamatkan operasi tersebut.

Beliau berkata, skim itu dipercayai aktif sejak setahun lalu dengan menjanjikan pulangan hampir mencecah RM100,000 dalam tempoh sebulan kepada pelabur yang membuat pelaburan minimum RM3,000 seorang.

Sebelum mengajak ahli melabur, syarikat itu menarik orang ramai dengan menjual pelbagai produk, termasuk produk kosmetik dan kesihatan, dan selepas itu memujuk mereka melabur dalam skim cepat kayanya, kata Shahrudin

No comments:

Post a Comment