Nuffnang

Thursday, October 7, 2010

WEDDING OF THE YEAR

PELAMIN BAK SINGGAHSANA SULTAN MANSUR SYAH.

Tarikh 10.10.10 bakal memahat memori paling indah buat angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha kerana detik itu, dia akan diijabkabulkan dengan permaisuri hatinya, Dr Halina Mohd Yunos.

Pada hari yang amat berbahagia itu, bersaksikan keluarga kedua-dua pihak, saudara-mara, sahabat-handai dan peminat, pasangan kekasih yang sama cantik dan sepadan itu akan dinikahkah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Kuala Lumpur, tepat jam 11 pagi.

Majlis pernikahan itu bermula jam 9 pagi hingga 2 petang manakala Sheikh Muszaphar menjemput seluruh rakyat Malaysia hadir sama untuk berkongsi kebahagiaan dan kegembiraannya. Diikuti pada sebelah malamnya akan berlangsung majlis persandingan yang gilang gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Nota kaki : Hanya boleh kata wow cantiknya, nak tengok nanti di TV3 malam ahad ini.

Berita selanjutnya di Hmetro

No comments:

Post a Comment