Nuffnang

Thursday, October 7, 2010

PERISA BARU FRUIT TREE

Pelbagai khasiat dalam satu botol. Itu yang ditawarkan oleh minuman F&N Fruit Tree yang padat dengan kebaikan semula jadi buah-buahan, antioksidan, vitamin A, C dan E.

Ia didatangkan dengan lima perisa iaitu oren, laici, blackcurrant, epal dan mangga. Minuman F&N Fruit Tree dihasilkan dengan menggunakan teknologi isian panas yang mengekalkan kesegaran produk. Ia juga disahkan halal.

Minuman F&N Fruit Tree itu boleh didapati di semua pasar raya, pasar besar dan kedai runcit pada harga RM2.10 di Semenanjung dan RM2.30 di Sabah dan Sarawak bagi pek 350 mililiter untuk semua perisa.

Bagi pek 1.5 liter pula ia berharga RM6.30 di Semenanjung dan RM6.60 di Sabah dan Sarawak Malaysia Timur bagi perisa oren dan epal sahaja.

Nota kaki : Kita tolong promot memang suka beli Fruit Tree, sedap!

No comments:

Post a Comment