Nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

46 PEREKA TAMPIL KREATIVITI

Kuala Lumpur - Seramai 46 pereka fesyen daripada pelbagai latar belakang budaya dan bangsa dari enam negara telah menampilkan hasil kreativiti pakaian Muslimah pada Festival Fesyen Islam Keenam (IFF) di sini.

Acara enam hari itu, yang bermula Ahad lalu, diserikan oleh Sultanah Pahang, Sultanah Hajjah Kalsom Abdullah, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan pengerusi Badan Amal Kasih Sayang Malaysia (BAKASA), Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, hari Selasa.

Menurut jurucakap acara itu, antara pereka tempatan yang mengambil bahagian ialah Datuk Tom Abang Saufi, Radzuan Radziwill, Melinda Looi, Jarumas, Pink Jambu dan Jovian Mandagie.

Selain peserta tempatan, pereka terkenal dari Pakistan, Itali, Indonesia, Singapura dan India turut mengambil bahagian pada festival menampilkan tema 'Moghul Splendour'.

Aktiviti penganjuran IFF bermula sejak Januari lalu dengan menjelajah beberapa kota fesyen terkemuka dunia termasuk Abu Dhabi, Dubai, Jakarta, New York dan Monaco sebelum melabuhkan tirainya di sini.

Jurucakap itu juga berkata pertunjukan fesyen serta beberapa acara sampingan seperti jamuan malam dianjurkan bagi mengumpul derma bagi beberapa pertubuhan kebajikan termasuk Yayasan Tuanku Syed Putra, BAKASA, Yayasan Tuanku Najihah dan Persatuan Bencana Alam Negeri Kedah.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment