Nuffnang

Saturday, November 13, 2010

AHLI MPBJ DISAMAN KERANA FITNAH MENERUSI FACEBOOK

Seorang wanita memfailkan saman terhadap Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Mahharul Ismail dan tiga anggota keluarganya kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah menerusi laman sosial Facebook.

Zalina Jaafar, 42, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi peguamnya Faizul Mohd. Nasir di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Selain Mahharul, dua adik perempuannya, Maisarah dan Norsyam serta anak saudara mereka, Wan Ikhwan Wan Azani, turut dinamakan sebagai defendan.

Zalina, yang menyatakan jawatannya sebagai pembantu seorang “ahli majlis" Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa Mahharul telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya di laman sosial milik Mahharul pada 28 September lepas dan kenyataan di laman sosial milik Wan Ikhwan dikeluarkan pada 21 September lepas.

Beliau turut mendakwa Maisarah dan Norsyam dengan niat jahat telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang menyentuh peribadinya secara palsu pada laman sosial milik Wan Ikhwan.

Sumber : Bernama.

2 comments: