Nuffnang

Monday, November 8, 2010

'ETOK' MAKIN PUPUS DI KELANTAN



Rantau Panjang - 'Etok' ialah sejenis hidupan air tawar dari keluarga kerang yang begitu sinonim dengan kehidupan harian masyarakat di Kelantan, sama ada di makan sebagai makanan ringan atau bersarapan bersama hidangan lain seperti nasi kerabu dan sebagainya.

Makan etok perlu teknik tersendiri di mana isinya 'dikupas' dari cengkerang dengan menggunakan gigi mereka yang memakannya. Makan isi etok dengan cara ini membolehkan 'nikmat' etok begitu dirasai.
Sesiapa yang berkunjung ke pasar-pasar di bandar utama di negeri ini tidak akan terlepas pandang makcik-makcik yang menjual etok. Biasanya etok akan diletakkan dalam bakul dan dijual mengikut 'sukatan' tin yang disediakan.

Kebiasaannya sumber etok mentah boleh didapati dari timbunan pasir di dasar Sungai Kelantan tetapi kini pengusaha etok sukar mendapat bekalan kerana hidupan air itu semakin pupus di sungai tersebut.
Kini terdengar banyak rintihan di kalangan peniaga etok. Para 'pencari' etok mendakwa etok semakin sukar didapati di sungai Kelantan.

Mereka mendakwa kepupusan etok berlaku berikutan pencemaran air sungai akibat kerja-kerja pembangunan kawasan tanah tinggi di Ulu Kelantan dan pengambilan pasir di sepanjang sungai yang menjadi habitat semula jadi hidupan air itu.
Kebanyakan mereka kini mendapat etok sungai utama di luar Kelantan seperti dari sungai di Perak dan Terengganu bagi menampung permintaan.

LAUK :

Penduduk Kelantan biasanya menjadikan etok sebagai lauk. Ia boleh menjadi bahan dalam gulai atau dimasak lemak cili api. Etok juga boleh dimakan dengan nasi putih atau lebih enak jika disaji bersama nasi kerabu. Malah, ada sesetengah kedai makan memang menyediakan etok bagi dibeli pelanggan dengan harga RM1 sebungkus.
Seorang peniaga etok dari Kampung Kasar Pasir Mas, Zaidi Mamat, 39, berkata: "Etok memang laris di Kelantan, tetapi masalahnya bekalan sukar diperoleh kerana semakin pupus di Sungai Kelantan", beliau memberitahu Bernama di sini baru-baru ini.

ETOK MAKANAN IKAN PATIN :

Mengenai kerja-kerja memasak etok sebelum dijual kepada pelanggan, beliau berkata, sebelum disalai etok hidup itu akan diperap dengan menggunakan rempah yang diadun sendiri.
Antara bahan yang digunakan untuk memerap etok ialah garam, bawang putih, halia, serai dan sedikit alat perisa. "Kerja-kerja menyalai etok mengambil masa satu jam setengah selepas dua jam diperap", katanya. Menurutnya, etok yang diperoleh di sungai Kelantan lebih enak berbanding etok dari negeri lain selain rasanya yang lebih lemak, bersaiz besar dan berwarna kekuningan.

Selanjutnya klik Bernama.

3 comments:

  1. http://batulesung.blogspot.com/2010/11/etok-makin-pupus-di-kelantan.html#links

    ReplyDelete
  2. harus ni gi kelantan nt cuba etok2 ni..

    ReplyDelete
  3. jesnita_ns : etok ni kalau tak silap macam Rokan...org jhr sbt camtu

    ReplyDelete